Published On:Sunday, 27 March 2011
Posted by admin
BAKAT LAKONAN SAMSENG YANG LUAR BIASA..!!
Menarik hari ini~ tak sangka seorang samseng jalanan mempunyai bakat lakonan yang besar dan luarbiasa ....bakat yang terpendam tu jangan di sia-siakan...kepada produser-produser kat luar sana,boleh lah try panggil mamat ni untuk berlakon drama 'uooolllssss'......mana tau boleh jadi pelakon popular...kelebihan mamat ni..sanggup berlakon di atas jalan raya yang sibuk!
KUALA TERENGGANU: Seorang samseng jalanan yang terdesak kerana melarikan diri daripada sekatan polis dan merempuh sebuah kereta di Jalan Kamaruddin di sini, petang semalam, sanggup menggadai nyawa berlakon seperti terkena penyakit sawan dengan meronta-ronta sehingga berbuih mulut di atas jalan yang sibuk.
Bagaimanapun, lakonan pemuda berusia 21 tahun dalam kejadian jam 6.30 petang itu tidak menjadi kerana ahli paramedik yang membuat pemeriksaan kemudian mengesahkan suspek bukan menghidap sawan sebaliknya berlakon bagi mengelak ditahan polis dan dimarah orang ramai kerana merempuh kereta PERODUA Viva dipandu seorang wanita.
Akibatnya, samseng jalanan dari Kampung Tanjong di sini yang cedera ringan dalam kemalangan itu dibawa ke balai polis dan pemeriksaan kemudian mendapati dia positif dadah dan turut ditemui 50 biji pil merah dipercayai pil kuda di dalam satu plastik lutsinar yang tersorok di kepala tali pinggangnya.
Sebelum itu, samseng jalanan itu menaiki motosikal jenis Honda EX5 datang dari arah Jalan Kamaruddin menuju ke Pantai Batu Buruk, menjadi gelabah melihat anggota trafik membuat sekatan jalan raya di Simpang Tiga Jalan Pusara dan bertindak nekad apabila cuba memecut laju motosikalnya bagi mengelak ditahan.
Dalam kekalutan itu, motosikal remaja itu merempuh sebuah kereta ketika dia membuat pusingan U secara mengejut menyebabkannya terjatuh di jalan.
Bagi mengelak ditahan, remaja itu memulakan lakonannya dengan merebahkan badan ke jalan dan menggelupur seolah-olah terkena sawan sehingga menyukarkan anggota polis untuk menahannya.
Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Asisten Superintendan Khazahari Che Amat, berkata ujian saringan air kencing mendapati pemuda itu positif dadah jenis pil kuda.
“Siasatan mendapati suspek mengaku menjadi keldai dadah sejak setahun lalu dan dadah yang dijumpai bersamanya adalah untuk diedarkan kepada samseng jalanan di sekitar bandar raya ini,” katanya.
Suspek kini ditahan reman di lokap IPD Kuala Terengganu dibawah seksyen 12(2) ADB 1952 kerana memiliki dadah dan juga seksyen 15(1) ADB 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam tubuh.
sumber: berita harian.
komen aku: jangan sia-siakan bakat lakonan budak tu....abang Mamat Khalid...sila ambil budak ni berlakon untuk babak sawan dalam filem baru abang ye.....confirm kalah kak limah!
========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI
========================================================================
hai..mcm2 hal budak2 sekarang...tp mana sempat mamat khalid nk amik berlakun..sbb mesti dah kena sumbat dlm penjara.
uittt...memalukan..
kampung saya ni..hohoho
http://qasehraihan.blogspot.com/2011/03/bloglist-lambat-update-entry-baru.html
@qasehraihan alamk! ye ke....gaune ni? hehehe..
@nyanyisunyi SHOOT dr pnjara la gamaknya kak...hehehe..
ptt la sawan..ambik pil kuda, sawan kuda la jadinya