Published On:Sunday, 2 January 2011
Posted by admin
SHOPPING HARI SABTU KENA BAWA BEG PLASTIK SENDIRI???!!
Pembeli-belah Perlu Bayar 20 Sen Untuk Setiap Beg Plastik, Setiap Sabtu.
PETALING JAYA: Orang ramai di seluruh negara perlu membayar 20 sen untuk setiap helai beg plastik apabila mereka membeli-belah di pasar raya besar, pasar raya dan kiosk stesen minyak Petronas pada setiap Sabtu.
Langkah mengenakan bayaran tersebut yang telah pun dilaksanakan di Selangor dan diperkenalkan untuk mengurangkan lapan bilion beg plastik digunakan setiap tahun di negara ini, mengejutkan ramai pembeli-belah.
Lain-lain perkembangan:
> Jumlah bayaran yang dikenakan itu akan disalurkan ke dana khas untuk memberikan faedah kepada persekitaran dan komuniti;
> Pembeli-belah di Pulau Pinang perlu membayar beg plastik tersebut di tempat-tempat berkenaan setiap hari; dan
> Pengusaha industri plastik di Pulau Pinang yang tidak menyenangi langkah tersebut nekad untuk mengagihkan 30,000 beg plastik secara percuma kepada orang ramai.
errr..ada pro dan kontranya..biasalah...bagi aku,aku sokong cara ni..sekurang-kurangnya membuatkan kita terfikir sejenak tentang beg plastik ni....selama ni kita langsung xendah perihal beg plastik ni...main campak buang je..ni dah kena bayar 20sen berkira-kiralah jugak...walaupun akan ada pihak yang kurang senang terutamanya pengeluar beg plastik tapi apa yang di buat ni adalah untuk masa depan bumi kita yang makin uzur ni..dah terbatuk-batuk pun ni..uhuk!uhuk! harap program ini akan setidak-tidaknya membantu mengurangkan penggunaan beg plastik di muka bumi kita ni....
err...apa pendapat korang?????!!
========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI
========================================================================
jaya jusco pun ada buat macam nih...
bagus sebenarnya, sedangkan tong sampah yang recycle tu pun xbanyak..bila dorg wat cam ni ok lah,kalau setakat beli barang kecik2 xyahlah pakai plastik...sbb tu perempuan bawak beg besar, okehhh...kan skrg dah ada beg kain untuk beli brg tuh..boleh lipat2 lagi,mudahkan lelaki yg malas nak bawak beg besar2 kan
berita basi la nie... kat shah alam dah lama diorg buat konsep neh... tiap2 sabtu aku kena bawak bakul pasar rotan tu gi supermarket tau...
salunye kalo pergi tesco mak ezma mesti bawak troli sndiri..senang nak angkut beras...hahaha... :D
hahaha baru tahu ka?
memang susah kena bwak beg sndiri,
tapi nak proses plastic lagi susah :p
erk , ! tpi nk lupus plastik bpak gile2 ssah.. mcm adeq mia cakap huahaha..
ok la tu hari sabtu ja.. kat penang last year isnin- rabu tanpa beg plastik.. tapi start 1.1.11 setiap hari tanpa beg plastik! memang kena parking keta dekat2 ngan entrance la.. haha
hummm bagus gak... x la menimbun beg plastik kat bilik aku ni... hehehehe...
cara ni bgs jgk.. blh kurangkan pengunaan beg plastik yg makan masa lama utk dilupuskan
setuju sngt22..baik buat setiap hari lagi bagus...
tapi buat permulaan ni elok kalau buat sabtu dan ahad...sbb time tu ramai y g bersoping22 kan...hehehe
sokoonggg!!!!! skang ni standby dalam kete n henbeg woven beg tu..snang...