Headlines
Published On:Friday, 14 January 2011
Posted by admin

PEREMPUAN TAK SOPAN JALAN MENGANGKANG!!!!


Petang tadi aku  minum di kedai mamak di Klang...layan roti canai dan milo kosong tanpa gula.ya,baik untuk kesihatan....sambil bersungguh-sungguh makan roti tu,aku sempat menjeling ke arah jalan raya yang sibuk dengan orang yang lalu lalang.. baru pulang dari kerja agaknya....err...ramai perempuan pulak petang ni... aku bukan x biasa tengok perempuan,cuma petang ni ada sesuatu yang menarik minat aku untuk aku berfikir sesuatu...(walaupun banyak yang menarik minat aku sebenarnya...hik..hik..)..apa?? sorang-sorang aku perhati mampunyai cara dan gaya berjalan yang tersendiri...ada yang menunduk,ada yang pandang kiri-kanan..ada yang menegak...macam-macam.....lantas aku terfikir,adakah cara berjalan seorang perempuan menunjukkan personaliti perempuan itu???!! maksudnya kita bleh tau personaliti perempuan tu melalui cara dia berjalan....
cari punya cari maka terjumpa la kajian ni....naaaahhh...layan....baik untuk lelaki yang baru nak usha awekzz!!

Berginjat
Jika dari belakang kelihatan seperti berginjat, wanita yang berjalan seperti ini dipercayai tidak jujur. Ketika berbual, perkataan yang sering keluar dari mulutnya cenderung menyinggung perasaan orang lain.
Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap ego. Namun jangan risau, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki kerana memiliki wajah yang menarik.

Menoleh ke kiri dan ke kanan
Wanita yang berjalan sambil menoleh ke kiri dan ke kanan biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun wanita seperti ini dianggap tidak jujur dan sombong tetapi ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hati mereka. Wanita seperti ini kononnya senang diatur dan diuruskan.

Menunduk
Wanita yang suka berjalan tunduk atau memandang ke bawah disifatkan memiliki sifat yang tertutup. Mereka hanya akan berbual dengan orang yang rapat dan mereka yang dipercayai sahaja.
Wanita seperti ini biasanya sukar ditakluk hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati mereka, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebabnya, wanita jenis ini sangat setia dan tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

Kepala menegak
Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh dan bukan mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-kali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu pergaduhan kecil tercetus. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas sahaja.

Badan bergoyang
Jika wanita berjalan dengan pergerakan badannya ke kiri dan ke kanan, tandanya wanita itu tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, ia akan dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Sifatnya yang suka ambil mudah menyebabkan banyak persoalan tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan diri sendiri.

Badan menegak
Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampuri oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menariknya, wanita ini bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa memiliki sifat-sifat yang manja.

Seperti zirafah
Jika berjalan seperti zirafah, maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini memiliki perasaan sensitif. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata

korang geng blogger perempuan kategori mana???!!!  asal jangan jalan mengangkang sudahlah!!! hikhik.
tapi ni hanya kajian..x semestinya sama....janji jalan sopan santun dah ok dah....

kredit to kepuncakmahligai.com

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 20:51. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 20:51. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

36 comments for "PEREMPUAN TAK SOPAN JALAN MENGANGKANG!!!!"

  1. aku tak berjalan... aku pandu kereta, hehehe

  2. hihi dulu2 masa kecik2 ustaz cakap..perempuan yg baik akan berjalan menunduk..so bee amalkan sampai ke besar nih..kelakar gak! tp mang bee ikut ckp ustaz tu nk jd baik kekonon!

  3. terbaeklaH Jo Qusary.......

  4. seriously.. sy jalan menunduk.. sampai tak perasan orang

  5. jangan jalan mengengkang suda...

  6. huh, tak suka pompuan yg jalan menunduk! tegak dan mara ke hadapan ladies!

  7. jalan menunduk sambil sekali sekala menegak..ye lah..kang langgar orang lain tak pasal-pasal..okay lah tu!

  8. tunduk la bila jln dpn org. konon pemalu! hahaha. tap i ske part jln tunduk itu sorg yg setia! mmg la kne jln tegak. xkn nk jln cm ketam kot. senget2 nt salah msuk simpang plk. hahaha.

  9. saya jalan dengan kepala tegak memandang ke hadapan :)

  10. erk.. macam pelik je kajian ni,, hehe,,
    tak semestinye semua camtukan..

    Lagi Konfius Pasal Cerita Korea

  11. x salah woo jalan mengangkang.. mana thu dia ade masalh yg tersembunyi ke.. huhuhu.. aku x thu aku jalan mcm mana.. hehehehe

  12. kalau jalan gune tangan?haha

  13. akak jalan menegak memandang ke depan..kalau tunduk kang langgar org..langkah kaki cepat dn bergaya sebab pakai kasut tumit...hehehe

  14. face up n straight to the point...hehehehe

  15. nak tokok tambah sikit lah bard..
    ko ni dah tkde keje lain ke gamaknya...duk perati org pompuan berjalan...nanti akak nk tenguk dn kaji cara org laki lak berjalan...

  16. ttba confius ngn cara jln sndiri. haha! tp mengangkang dan menginjat tue bukan. hee..

  17. @PuanBeejgn trhantuk tinag sdh la..hehehe

  18. @Fariq hehehe..x semua sama skadar kajian dn sdikit hiburan..

  19. @Linda Nazri hehehe...jgn ikut ketam jln ya! buruk..

  20. @gabanMorka alamak! hehehe..tu aku tu..hehehe..

  21. @diamuslima mslah apa ek?hehehe...kna check la jln cmne..

  22. @ciknabil-a kalau confius dgn jalan sndiri,mrilah kita pulang ke pangkal jalan.

  23. @Idalara wkakaka..cari cepat kak, sy nk baca plak...

  24. jalan menegak kot.. tak pandang kiri kanan.. haha..

Leave a reply

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter