Headlines
Published On:Sunday, 12 December 2010
Posted by admin

NASIHAT MUDAH YANG BERGUNA ...!!

yang ni pun nasihat jugak!!

Hai korang! hari ni nak share nasihat-nasihat yang berguna untuk kita semua,dah nak masuk tahun baru ni,jom kita renung-renungkan kalau ada kekhilafan yang pernah kita buat dulu dan semoga dapat perbaiki  dengan cemerlang...apa azam tahun baru??errr...tahun lepas punya dah tercapai ke???kikikiki...papepun semoga azam korang akan tercapai....blog ni,selain memberi hiburan santai, x lupa juga untuk share ilmu-ilmu yang berguna untuk korang..xkkanlah nak gelak 24 jam...ada masa gelak ada masa serius....tengok pada keadaan lah...harap korang senang dengan kehadiran blog aku yang x seberapa ni....segala sokongan dan 'sapotan',setinggi-tinggi penghargaan aku ucapkan,segala kelemahan dalam blog ni akan aku perbaiki sedaya upaya hingga ke titisan peluh jantan ku yang terakhir.......!!!
JOm lah cekidaud nasihat yang simple tapi memang berguna dan makan dalam untuk yang tokono!!adyaaaiii!!


PERTAMA
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting apabila usia semakin tua.

KETIGA
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

KEEMPAT
Apabila kamu berkata, “ Aku Cinta Padamu”, maka tunaikanlah.

KELIMA
Apabila anda mengatakan, “Maaf”, tenunglah matanya.

KEENAM
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya, “Kenapa anda ingin tahu?”

KEEMPATBELAS
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS
Ucaplah “Semoga anda diberkati” apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS
Berpeganglah kepada tiga R:
-Rasa hormat pada diri sendiri.
-Rasa hormat kepada orang lain.
-Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda.

KELAPANBELAS
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUHSATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian. Jadi bersendirian lah buat sementara..

semoga bermanfaat untuk korang semua....





========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 20:00. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 20:00. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

20 comments for "NASIHAT MUDAH YANG BERGUNA ...!!"

  1. nsihat2 yg best...
    paling setuju kat nsihat no 2...
    ;)

  2. tengkiu bard..
    banyak nasihat dan pendapat berguna ko bg..

    akak pun setuju yg no 2..mati akal rasannya kalau pasangan kaku bisu..

  3. jap,nak tanya kenapa 6 bulan bertunang sblm bernikah?bukan lagi cepat lagi bagus ke?

  4. trm ksh lah krna memberi nasihat...

  5. banyak pesanan2 ni saya cadangkan tuan rumah buat poster dan kempen untuk diamalkan. tepekkan poster tu di blog pengikut2 blog ni..


    entri terbaru : Satay Kajang di Kuantan

  6. @rossoneri maybe mengikut kajian kot,6 blan tu paling sesuai...x lama x cepat sgt...

  7. @Hisyam Muhibah eh! gud idea la! ok2,akan di usahakan..thnks!

  8. @bard bahtiar

    hope so..hehehe aku ni malas sikit..wkakwkaw

Leave a reply

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter