Published On:Wednesday, 15 December 2010
Posted by admin
HATI-HATI PENGGEMAR KICAP SEJATI!!!
Tertarik dengan satu berita semalam....nampak macam x penting...tapi amatlah bagusnya kalau korang teruskan membaca entri ni hingga habis...kicap oh kicap......siapa yang x pernah makan kicap kan??! cuba check kat dapur korang jenama apa yang korang pakai??yeeeee...aku tau ramai yang suka makan kicap jenama cap kipas udang kan???! femes kicap ni...dah berkurun aku memakannya...minum je yang belum...rasa,memang sedap hingga menjilat jari makcik rogayah!! TAPI!! mana yang x tahu,kicap ni pun dah ada klon!!!! maksudnya dah ada yang x tiruan,kalau tiruan maknanya x bagus...mana ada barang tiruan yang bagus...!adoyai! haprak punya penyamun,sampai kicap pun lu orang nak klon??! jipaban tul la!!
pasni aku syorkan korang check betul-betul kicap kat rumah korang,yang pakai jenama ni laaa...bahaya ooo...kalau termakan yang tiruan,x tau apa isi kandungan dalam tu..ntah-ntah ada lemak khinzir ke...di tambah sikit arak ke...adoiii....x cukup-cukup ke klon adidus,puwa,lives,neki,fuma,nokiok,...ni dah tambah plak kicap tiruan... x caya korang baca berita kat bawah ni....Hati-hatilah lepas ni ek...selamat makan kicap asli!!
SEREMBAN — Sebanyak 3,360 botol kicap manis tiruan yang menggunakan jenama ”Kipas Udang” bernilai hampir RM10,000 dirampas dalam operasi Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri Sembilan, hari ini.
Rampasan itu dibuat hasil pemeriksaan di sebuah syarikat pemborong di Jalan Tuanku Antah di sini, kata Ketua Pengerusi PPDNKK Mohd Nor Musa.
"Kami mendapat aduan dari orang ramai menyebabkan kita membuat pemeriksaan di setor syarikat pemborong terbabit.
Pemilik syarikat itu yang berusia 50-an bagaimanapun tidak mengetahui kicap itu adalah tiruan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau berkata sampel daripada kicap tiruan itu akan dihantar ke makmal untuk melihat sama ada ia menggunakan bahan merbahaya atau tidak.
Terdapat perbezaan yang agak ketara di antara kicap tiruan itu dengan yang asli iaitu tulisan tamat tempoh penggunaan kicap tiruan itu tidak dicetak dengan laser sebaliknya menggunakan pencetak komputer biasa, katanya.
Beliau berkata pihaknya kini mengesan pembekal kicap itu dan mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 3 (1)(b) Akta Perihal Dagangan 1972 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM250,000. - Bernama
wwwooopppsssssss!!!! tulen bannnnggggg!!
========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI
========================================================================
uiksss bahaya betui :s
alamak..kicap feveret den skluargo tuh..habis la..lopeh ni kono la boli botul22
ala... tu feberet i kipas udang tu.. cm ne ni..?
lol,xpe, beli kat carrefour mestilah yg asli punya..kalau kat kedai runcit tuh bahaya sikit
uishh bahaya ni
This post has been removed by the author.
bahaya2, semua benda nak klon. tah apa dia tuang dlm kicap tu, kepala biawak agaknya.
Jangan lupa vote No. 383 /// Pilihan 10
Undi No. 383 sekarang!!!
huhuhu... apa dibawak dlm beg tu... pakai je la
@geekz36
minyak dhab kot... bagi power lg, hahaha
@Myra Ayreen hati2 ya..!
aduhhhh mmg menggunakanya.....
@s1t1 2uL41k4 xpe,check btul2 ya..
@Rama2Ungu ekau check botul2 yo...bahayo,bueknyo di lotak kepalo cicak...humang aii...goli den!
@Abang Suara bahaya tu x,cuma danger je..
@rossoneri hehehe..bleh la tlong belikn ek..
@Delimasari samalah,check btul2 ek..
@Jo Qusary jo,mana nk dpt aa??kikiki
@geekz36 mau x mkn kicap seumur hdup pasni..
anak akak aiman tak kisah kalau tkde kicap kipas ni memnag jadi kisah benau..nak ken check betul2 ni
kicap pun ada tiruan..haih! mcm2 la diaorg nih
lepas ni kena la berhati2 beli brg
@fiezah91
mmg lah smua benda boleh jadi tiruan
borio