Published On:Saturday, 4 December 2010
Posted by admin
BETUL!!!GAMBAR PERKAHWINAN PELAWAK ZAIBO DAN ISTERI SITI HAWA !!
Alhamdulillah...akhirnya berkahwin juga abang Zaibo ni..pelakon yang terkenal dengan watak komedi bertemu jodoh juga akhirnya..kini sah menjadi suami kepada Siti Hawa Shawal...lepas ni ada la orang yang menjaga makan minum Zaibo....semoga kekal hingga ke akhir hayat...nak berbulan madu kat mana ek????
"kompang di paluuu! pengantin baru!!!ewah!ewah!!"
sumber dari :mstar online
BATU PAHAT: Pelawak Zainal Ariffin Abd Hamid atau Zaibo menamatkan zaman bujangnya pada usia 54 tahun apabila selamat bernikah dengan Siti Hawa Shawal, 45, di Pejabat Agama Islam, Batu Pahat, Jumaat.
Dengan dua kali lafaz, pelakon veteran yang dikenali dengan gelaran Pak Selamat menerusi sitkom Spanar Jaya itu bernikah dalam satu majlis tertutup yang ringkas di kampung pengantin perempuan dengan dihadiri oleh rakan dan saudara terdekat.
“Saya bersyukur kepada Allah kerana akhirnya saya menemui teman hidup pada usia sekarang. Inilah yang dikatakan jodoh,” ujar Zaibo yang mengenali isterinya selama 10 tahun lalu.
Siapa sangka, hubungan yang pada mulanya sekadar abang dan adik akhirnya membawa pasangan ini ke jinjang pelamin.
“Pada mulanya, saya menganggap dia sebagai adik saya dan begitu juga dia tetapi Tuhan mempunyai perancangan lain untuk kami. Kami mula rapat beberapa tahun lalu dan memutuskan untuk berkahwin pada Ramadan lalu,” kata pelakon teater Caught In The Middle, Tun Mahathir, Penyu Menangis, TokPerak, Anak Tanjung, I remember ....The Rest House dan Demi Zaitun itu.
Ini merupakan perkahwinan pertama buat Zaibo dan yang kedua bagi Hawa.
Hasil perkahwinan pertama, Hawa dikurniakan sembilan orang anak berusia antara 3 hingga 26 tahun.
Bagaimanapun, pelakon popular itu enggan menghebahkan jumlah wang hantaran mahu pun dulang hantaran yang diberikan kepada isterinya.
“Saya boleh katakan, penyanyi Aishah menguruskan semua hantaran manakala selebriti Habsah Hassan dan Rubiah Suparman turut memberikan sumbangan lain. Biarlah hantaran yang diberikan kepada isteri saya menjadi rahsia,” ujar aktor kelahiran Perlis yang pernah berlakon lebih 15 buah filem termasuk Soalnya Siapa?, Putera, Soal Hati, Senario Asam Garam, Cuti-cuti Cinta, Magika, Lu Pikirlah Sendiri dan Pontianak Harum Sundal Malam 2.
Ditanya tentang destinasi bulan madu, Zaibo menjawab: “Itu sangat rahsia. Bagaimanapun, saya akan sibuk dengan penggambaran filem Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki dan terlibat dengan program masakan Pelik Tapi Sedap musim kedua bermula minggu depan.”
Zaibo telah menetapkan untuk mengadakan majlis perkahwinan ringkas tanpa upacara persandingan.
Biarpun begitu, selepas upacara akad nikah, pasangan itu diraikan dalam satu resepsi kecil di rumah pengantin perempuan pada sebelah petangnya di mana tetamu dihiburkan dengan persembahan kuda kepang.
“Saya rasa gembira kerana telah bergelar seorang suami sekarang. Gelaran ini datang dengan maruah dan saya akan menggalas tanggungjawab perkahwinan dengan sebaiknya,” janji pengacara Pelik Tapi Sedap ini yang turut muncul dalam drama Tari Tirana dan Under One Roof.
p/s: bilala aku nk kwin nii.....
========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI
========================================================================
laaa..da kawen upenyer si zaibo ni..hehe..
name jer duk umah..tp apik xtau langsung perkembangan..
alhamdullilah... kawen jugak zaibo nih.
lame tuh nk tggu jodoh die sampai.
hehehe
;D
wah..terkezut tauuu....tahniah2
Slmt Pengantin baru kpd beliau...
Moga berkekalan dan berbahagia..
wahhh..tahniah la ek.. terus dapat sembilan org anak! :)
ingatkan dah kahwin, hahaha
wah tahniah2 kepada beliau ^_^
smoga jodoh mreka berkekalan...amin.....
tahniah..haa bard bile nak kawen?calon ade tak?kalau dah ade, cepat2lah..hehe :)
Terkini : Jom join contest kesayanganku!
Alhamdulillah akhirnya sampai juga jodoh mereka...
p/s bard tk kwin lagi?tu lah lom ada jodohkan...
@Sitihahaha..cmne nk kwin,minyak asyik naik je ni...ekekeke...
@Idalara hehehe.blum brkhwin tp nk sgt khwin....ekekeke...
Tahniah!...
@bard bahtiartakde kaitan dengan minyak la..kalau dah suke, kawen je..hehe
@Sitiadakah wang hantaran boleh di gnti ngn prkatan suka sahaja? ekekeke...
@bard bahtiar ape kate try cakap gini kat bakal mak mentua tu - makcik, kite bkn nak menjual anak so jgnlah kasi letak tinggi sgt makcik..lagipun drpd saya dgn anak makcik tu asyik berkepit je tanpe ikatan pape kan ke tak baik? hehe, sila2 try ok. :P
wahh, zaibo dh kawen la.. sy bru tahu.. hehe..
tahniah untuk mereka
sampai gak jodoh dia kan
bad lom sampai seru la tu hehehe
@Nana
tau xpe...mana la seru ni x dtg2..hikhikhik...
@FIFIEY LYCHEE MARATION x rmai tau..dia pn buat mjlis senyap2 je...
@Sitihikhik...ni soal adat..nk wt camne..ikat perut la skit...hehehe...
wah tahniah...hehhehe majlis ni senyap2 ek..tp last2 heboh jugak!
@fairuz
erkk cepatnya terus dpt anak! amazing
tahniah buat pelakon zaibo dan isteri .... moga kekal.. hingga ke akhir hayat...
selamat pengantin baru kepada zaibo dan isteri :)
hak hak. baru tau nih dia dah kawin.wakaka
@fiezah91
omg dia dah tua kan..b4 ni duda ke
@fairuzhaha..tu la kan. dpt anak terus.sembilan lak tu
@fiezah91
subur nya
hahahaha