Headlines
Published On:Tuesday, 23 November 2010
Posted by admin

NENEK MERAJUK CINTA TERHALANG.

"den menyamar jadi tiang lah,kompom waghih-waghih tak jumpo!.."


KULIM - Gara-gara hasrat untuk berkahwin dengan lelaki dicintai tidak direstui anak-anak, seorang warga emas berumur 75 tahun lari meninggalkan rumah untuk bertemu kekasihnya di Sik, empat hari lalu. 

Seorang anak wanita itu yang enggan dikenali berkata, ibunya sering dilihat mengelamun dan termenung. 

Setelah diajukan soalan, dia memberitahu hasratnya mahu berkahwin. 

Menurutnya, pada mulanya, hasrat si ibu tidak ditentang keluarga, tetapi setelah mendapati umur kekasihnya jauh lebih muda daripadanya, anak-anak tidak bersetuju memandangkan warga emas itu ada penyakit darah tinggi dan kencing manis. 

"Niat mak untuk bernikah semula itu kami setuju, tetapi biarlah dengan lelaki yang seusia dengannya. 

"Sekarang ini mak berumur 75 tahun manakala kekasihnya 42 tahun. 

"Sekiranya mereka menikah, ini akan mendatangkan kesulitan kepada anak dan waris untuk memanggilnya bapa. Mendengarkan itu, mak mungkin berkecil hati,” katanya. 

Menurutnya, setelah mendapati cintanya terhalang, warga emas itu mengambil keputusan membawa diri. 

Dia dikatakan keluar dari rumah menaiki teksi menuju ke Sik. 

"Keluarga puas berusaha mencari mak di sana, tetapi gagal dan akhirnya kami membuat laporan polis," katanya. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Chin Su Song :(gambar) :berkata, terdapat beberapa kejadian lari dari rumah yang tidak dilaporkan kepada polis. 

“Saya meminta kerjasama orang ramai supaya membuat laporan sekiranya ada ahli keluarga mereka lari dari rumah atau hilang. Dengan adanya laporan, polis boleh membantu mencari ahli keluarga yang hilang. 

"Kita harus peka dan cuba mendalami masalah dialami ahli keluarga,” katanya. 
sumber: sinar harian.


Apapaun, kisah cinta nenek ini jika dapat direalisasikan hingga diijab kabul mungkin tidak jauh bezanya dengan cinta Nek Wok, atau nama sebenarnya, Wook Kundur, 108, dari Besut, Terengganu yang juga memilih Mohd Noor, 39, lelaki jauh lebih muda sebagai suami. 

Kisah cinta unik pasangan yang mempunyai perbezaan umur yang jauh itu pernah menggemparkan negara dan mendapat perhatian media.


woooiiiii!!! jangan la halang cinta nenek tuuuu!!nenek pun ada perasaan jugakkkk!!!hehehehe...susah jugak nak settle masalah ni...biasa kita dengar budak-budak bawah umur lari dari rumah sebab cinta terhalang..ni nenek!!..tapi ye la,ayat biasanya-cinta tak kenal siapa....pada 'boyfriend' nenek tu harap cinta kau ikhlas....tak dapat di pastikan pulak nenek ni kaya atau tak.....pada nenek tu pulak,toksah lari-lari..nenek tu bukan kuat sangat...kang pengsan kat tengah jalan..sapo yang susah...korang kalau jumpa nenek ni kat tepi jalan kat Sik tu,bagitaulah pihak keluarga dia.....aku dah xde nenek,korang yang masih ada  nenek tu jagalah nenek korang elok-elok...jangan bagi dia main facebook,kang lari pulak dengan kekasih maya..!ekekeke.....  


Image Hosted by ImageShack.us

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 14:16. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 14:16. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

15 comments for "NENEK MERAJUK CINTA TERHALANG."

  1. he3..sengal pon ada, kesian pon ada..adey mcm2

  2. nenek nak kawen lagi? hihi.. tp betul ke lelaki tu sayang nenek?

  3. kesian tu mmg kesian kat nenek tu..
    tapi klu aku jd anaknye pun blum tentu aku stuju..
    kala sebaya xpe gak weh..kang ade yg tergadai harta pusaka plak nt..

  4. kita tnggu jelah episod setrusnya pcintaan nenek ni...

  5. adeeehai..dunia dunia..macam mcam hal skang eh...tak masuk akal je rasanya..tapi dh nm pun manusia di zmn moden katanye...

  6. ermmm..mmg ada taste lelaki pompuan2 tua eh..no wonder ex-bf ako0 curang ngn pompuan tua..haha.nenek2..

  7. hehe nenek lari dari rumah sbb cinta terhalang?ingat org muda je buat mcm tuh! huhu

  8. @Rama2Ungu

    whahwha zaman skrg apa2 pun leh tjadi

  9. @fiezah91

    pemikiran manusia yang kurang waras disbbkan kan cinta

  10. cinta itu buta..x kenal usia

Leave a reply

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter