Published On:Wednesday, 3 November 2010
Posted by admin
JUARA BOLASEPAK DAPAT LEMBU.
PUCHONG-Bukan kejohanan yang pelik, bukan pemain yang menghairankan tetapi apa yang menarik dalam Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah yang dianjurkan di sini adalah keunikan hadiah ditawarkan penganjur.
Apa tidaknya juara keseluruhan pertandingan anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kampung Sri Langkas itu menerima seekor lembu seberat 300 kilogram manakala naib juara menerima dua ekor kambing.
Kejohanan yang dianjurkan bertujuan membina ukhuwah lebih jitu dalam kalangan belia itu turut memperlihatkan pasukan yang berjaya ke tempat ketiga dan keempat masing-masing membawa pulang seekor kambing dan hadiah iringan.
Pengerusi Pertandingan, Ajies Sirat berkata, hadiah yang ditawarkan boleh dikatakan antara yang terunik pernah ditawarkan kepada pasukan yang menyertai kejohanan bola .
“Kita sengaja memilih untuk memberi hadiah dalam bentuk haiwan korban sebagai memperingati sambutan Hari Raya Haji bakal disambut beberapa hari lagi.
“Terpulang kepada ahli pasukan masing-masing bagaimana mereka mahu membahagikan haiwan itu nanti,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Puchong, Datuk Radin Mokhtar Md Yusof yang merasmikan penutup kejohanan itu berkata, kejohanan bertujuan untuk merapatkan silaturahim sesama generasi muda.
Katanya, pihaknya menjangkakan akan mengadakan kejohanan yang lebih besar selepas ini dan berharap mendapat penyertaan lebih banyak pasukan.
“Saya difahamkan dalam kejohanan ini setiap pasukan sama ada menang atau kalah akan menerima insentif sebanyak RM500 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Datuk Dr Mohamad Satim Diman.
“Dengan insentif ini, saya berharap, belia akan menggunakannya untuk memajukan diri dalam bidang sukan,” katanya yang turut menyampaikan hadiah kepada peserta.
Radin berkata, pihaknya turut menggesa pemain negeri dimasukkan dalam kejohanan akan datang sebagai pendedahan kepada pemain-pemain baru.
Sementara itu, juara bagi kejohanan itu diungguli Warisan FC dari Kampung Kenangan manakala naib juara berpihak kepada Waka-Waka FC.
Manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi Gardenia A FC dan Meba FC dari Meru Klang.
Ketua Pasukan Warisan FC, Mohd Hafiz Dzulkafli ketika ditemui gembira pasukannya berjaya ke peringkat akhir seterusnya dinobatkan sebagai juara keseluruhan dan membawa pulang seekor lembu bernilai hampir RM2,500.
“Kami belum membuat keputusan bagaimana mahu membahagikan lembu ini.
“Walau apa pun kami gembira dapat menumpaskan 15 pasukan lain,” katanya yang memberitahu Warisan FC ditubuhkan sejak 10 tahun lalu dan kesemua pemainnya adalah belia dari Kampung Kenangan.
sumber:sinar harian
Haha..takde apa yang salah pun..lagi elok..boleh buat korban raya haji ni...boleh buat masak rendang ke,lagi kenyang daripada dapat hadiah piala dan hamper yang ada keropok mony kat dalamnya.
========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI
========================================================================

















lg better dpt hadiah mcm nih.
bleh wat kenduri kndara.
menanh dpt, mkn pon dpt.
hohoho
;D
nak save bajet bagi kambing plak..hehe
faradeeba,,btul2,lagi knyang..
duniaku abstrak,nk lgi bdjet ayam pn bolehhhh..ekeke
ayam sorang sekor......good idea....
it,s me,bgus idea tu...try buat lepas ni..haha
ok gak idea tu...dr dpt piala tu..memenuhkan rumah je..
perghh gila kentang, dapat lembu..hahah jimat time nak raya korban..xyah beli dah lembu. ;p
abg suara-taw xpe..hadiah sgt best lah.
dpt lembu lagi best dari piala.. hahaha