Published On:Thursday, 11 November 2010
Posted by admin
DITA MARI MENARI: SAYA BUKA TUDUNG ATAS KERELAAN HATI....PULAK!
Lain pulak kisahnya yang ni,kalau post sebelum ni pasal kak melah dah pakai tudung LINK,ni pulak pasal peserta mari menari yang dah bukak tudung pulak....mmmmm....x tau nk ckp..hak individu kan....kang lebih-lebih aku pun bukan baik sangat....kalau nak ikut,aku x pernah lagi tengok rancangan mari menari ni....dengar cerita pasangan ni dah pun terkeluar....cam x berbaloi jer..ekekeke....papepun doakan je la dia berjaya dalam bidang yang di ceburi....aku rasa cam nak pakai tudung pulak..ekekeke....
jom baca kisah dia yang di ambil dari murai.com......
ISU PANAS MARI MENARI
KUALA LUMPUR, 9 NOV 2010: Bermula dari sesi pengenalan peserta Mari Menari (MM) lagi, MM Dita yang baru saja tersingkir pada minggu ke-3 MM telah dihambat dengan pelbagai isu panas terutama sekali isu berkaitan tudung. Malah, isu ini dianggap berat kerana Dita atau nama sebenarnya Rudita Mohd Yusop telah berstatus sebagai seorang ibu kepada 5 orang anak.
JAWAB PERTANYAAN
Menjawab segala pertanyaan berkaitan isu yang berbangkit ini, Dita yang ditemani suaminya Mohamad Faidzal, 42, seakan sudah bersedia bagi menjelaskan isu tersebut.
"Sebenarnya, saya memang seorang wanita yang bertudung. Terus-terang, saya buka tudung pun atas kerelaan saya sendiri tanpa ada paksaan atau hasutan dari sesiapa.
MASIH BERTUDUNG
"Masa saya pergi ke uji bakat, saya masih lagi bertudung. Kemudian selepas kami dipanggil untuk interview, saya dengan tegas telah bertanya kepada pihak produksi tentang risiko yang bakal dihadapi nanti.
"Saya telah berkata kepada mereka bahawa saya ni agak dikenali memandangkan saya juga pernah muncul dalam program terbitan Astro seperti Tangkap Muat, Glamor Raya dan Macam-Macam Aznil. Saya juga pernah berlakon di samping arwah Din Beramboi.
"Pun begitu, selepas berbincang dengan suami dan kerana tidak mahu mengecewakan hasrat anak yang mahu kami beraksi dalam MM , saya pun telah bersetuju untuk buka tudung," kata Dita. yang mudah mengalirkan air mata.
TIDAK KISAH
Jawabnya lagi, dia tidak kisah apa orang nak nilai dan kata tentang dirinya. Malah, dia mendakwa orang bertudung tidak semestinya mempunyai perilaku yang baik hati budi.
"Saya bukan nak riak atau nak cakap saya ni baik. Hakikatnya, orang yang tak tinggal solat 5 waktu pun belum sah dapat masuk syurga. Sesungguhnya bagi saya, siapalah kita sebagai manusia biasa untuk menghukum atau menilai seseorang berdasarkan luaran saja.
"Apapun, kami masuk MM bukannya nak menang semata. Cukuplah sekadar dapat menunaikan impian anak kami yang mahu melihat ibu bapa mereka masuk TV," ujar Dita.
Menyokong pendapat isterinya itu, Faidzal yang bertugas sebagai bodyguard VVIP mengambil jalan selamat dengan mendiamkan diri. Dia hanya memberi laluan kepada isterinya untuk menjernihkan segala tohmahan yang dilontarkan pada dirinya.
HAK INDIVIDU
"Hal bertudung ini susah nak dibahaskan. Semua terletak atas individu itu sendiri. Saya sebenarnya tak tahu nak cakap apatah lagi mengulasnya dengan lebih terperinci. Namun,saya hanya boleh kategori apa yang dilakukan isteri saya ini adalah pengorbanan dari seorang ibu untuk anak-anak," katanya.
Menyambung penjelasan ini, Dita menegaskan bahawa selepas ini dia akan kembali bertudung seperti biasa.
"Saya akan berimej seperti dulu. Saya buka tudung pun kerana masuk pertandingan sahaja. Sejujurnya, mak mentua saya seorang yang alim. Dia tak ada pula marah dengan tindakan saya," ujar Dita.
saja aku highlight kan merah..korang nilai la sendiri..ekekeke...
========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI
========================================================================


















sedar kesalahan diri sendiri adalah lebih baik dari menuding jari menyalahkan orang lain atas ape yang berlaku..=)
eda-betul tu..insaf2...
MasyALLAH... buka tudung utk menari... ???? Semoga ALLAH mengampuni dosa-dosa umatNYA..
salam sahabat
wah masih panas kayaknya nich itu mah bukan sungguhan kan kok kayak fitneh aje heheh maaf telat
terkejut gak tgk dita ni bukak tdung.. mcm sekelip mta j wat kptsan.. sebb da byk kali kn die kuar tv... xpela.. hak msing2.. tp dr sudut agama, tetap haram.. atas permintaan ank-ank, kita ibu bapa, mesti kta yang buat kptusan.. bukn sebb ank yang sruh... ehm.. fikir2kan la kan...
fauziani jsr- amin,doakn yg baik2 aje..
dhana- waduh,bukannya fitnah,sekadar jadi iktibar untuk yang lain..peace.
imanis aini-betul,haram tetap haram,nk wt cmne hak dia,kita ambik iktibar je la...
duniawi..duniawi..
Salah tetap salah..namun Allah lebih Mengetahui dan Berkuasa menentu segalanya..
Astaghfirullahal'azim...
Maaf, pada pendapat saya, Puan Rudita tidak wajar berkata "Orang yang solat 5 waktu pun belum tentu masuk syurga."
Sesungguhnya, setiap manusia itu punya urusan dengan Tuhan.
Kita juga sebetulnya tak layak berkata "Orang yang pakai tudung belum tentu baik." kerana pehijaban aurat adalah perintah Tuhan. Segala yang benar dan baik itu adalah perintah Tuhan. Bukankah amar makruf nahi mungkar?
Tuhan sendiri berfirman bahawa setiap perbuatan walau seberat zarah akan dinilai baik buruknya.
Semoga Allah mengampuni saya kerana saya berbicara mengenai hal orang lain.
Doakan sahaja Puan Rudita..
Doa juga buat kita semua..
semoga dia bertaubat :)
ayu- dunia skrang..
maisyah-btul,hnya tuhan yg maha mngetahui..
siti zafira-setuju dgn anda,btw,doakan yg trbaik utk dia..
ct soleha-amin....
alahhai ~ memang la org pkai tudong pon xsmstinya msuk syurga, tpi skurang2 nya dia dh lepas dri azab mnutup aurat. haha.
xprnh tgok plak dita ni dlm tv..huhu..ermmm..apa2 pon,die xde r terer mana menari~haha.
ngok dia bukak tudung sbb rela hati..islam nk letak kat mana akak oi
sapa nih? xkenal. lalalala~
fiezah-x tgok maghi mengahi ke??
farah: haha.. jrg tgk tv ^_^