Headlines
Published On:Sunday, 14 November 2010
Posted by admin

BOLASEPAK SUKAN ASIA 2010:BINI PENGADIL NI ORANG CHINA KAH???!

Siapa yang tengok game semalam antara CHINA vs MALAYSIA mesti tersangatlah geram dan 'bengkek' kat pengadil 'oreng puteh' dari Australia tu kan....memetik kata-kata kawan-kawan dalam facebook semasa perlawanan berlangsung dan selepas perlawanan...

"JANGAN SAMPAI PENGADIL TU MASUK MALAYSIA,MEMANG AKU TEMBAK DENGAN SENAPANG GAJAH"- Encik Ahmad

"PENGADIL NI MEMANG SUKA SANGAT KELUARKAN KAD,HAA!KEJAP LAGI DIA KELUARKAN KAD JEMPUTAN LA TU"!!-Rosli Kodiang.

"AKU RASA BINI PENGADIL NI ORANG CHINA LAAAA.."-Jejaka sejati.

"WA TENGOK REFF NI KECIK BESAR KECIK BESAR JER DEEEER!!!!!" -Sameon pomen.


"SI WILLIAM NI KALAU ADA DEPAN MATA,MEMANG AKU TOREH-TOREH!!!"-

Janda kesepian.


"SEPANDAI-PANDAI KANGGAROO MELOMPAT,AKHIRNYA JATUH KE TANGAN JUA..KO TUNGGULAH NANTI!!!"- Yop terjombab.


CHINA 3-0 MALAYSIA

"kaou nampak itu pintu besar,dengan segala hormatnya ......get out!!!!!!" 


MALAYSIA tewas 0-3 kepada China pada perlawanan penuh kontroversi dalam saingan Kumpulan A temasya Sukan Asia 2010 di Stadium Tianhe, Guangzhou malam tadi.
Ini kerana pengadil dari Australia, Ben Williams telah melayangkan tiga kad merah kepada Mahali Jasuli, Safiq Rahim dan S. Kunanlan.
Selain itu, lima pemain lain iaitu Fadhli Shas, Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, Asraruddin Putra Omar dan Muslim Ahmad turut dilayangkan kad kuning berbanding pemain China yang langsung tidak diberi sebarang kad.
Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal jelas begitu berang dengan keputusan 'berat sebelah' pengadil yang sama sekali telah meranapkan hasrat Malaysia sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri dengan China.
"Ini pertama kali dalam sejarah saya melihat pengadil seteruk ini. Ini juga pertama kali saya bertindak untuk memberi komen terhadap pengadil.
"Saya cukup kecewa. Jika satu kad merah tidak mengapa. Ini kami terpaksa main sembilan pemain sepanjang 55 minit dan lapan pemain pada 10 minit terakhir," kata Rajagobal pada sidang media selepas perlawanan semalam.
Pada minit ke-24, Mahali dilayangkan kad merah setelah didakwa sengaja menyepak bola ke luar padang manakala Safiq turut menerima nasib sama kerana dikatakan cuba membantah keputusan pengadil.
Kunanlan pula menerima kad kuning pertama pada minit ke-79 dan kad kuning kedua seterusnya kad merah seminit kemudian kerana memberikan sepakan penalti.
"Semua pemain telah berkerja keras biarpun terpaksa lawan 11 pemain. Cuma sukar untuk terus bertahan pada baki 45 minit dengan kekurangan pemain," jelasnya.
Gol pertama China dijaringkan Li Jianbin menerusi tandukan selepas sepakan percuma pada minit ke-61 diikuti gol kedua hasil sepakan percuma Zhao Honglue pada minit ke-64 sebelum Zhang Linpeng menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-82.




Sementara itu, Safiq yang merupakan ketua pasukan negara memberitahu: "Saya hanya tanya pengadil kenapa Mahali dilayangkan kad merah. Kemudian saya diberi kad kuning.
"Apabila saya tanya pula kenapa saya kena kad kuning, pengadil terus keluarkan pula kad merah," katanya.
Malaysia bagaimanapun tetap berjaya layak ke pusingan kedua selaku empat pasukan tempat ketiga terbaik dan akan bertemu juara Kumpulan B, Iran petang esok.

Nasib baik layak,kalau tak layak ni,mau orang-orang Malaysia pakat-pakat cari reff ni kat Australia...


sumber: Kosmo dan sokernet.com.

Image Hosted by ImageShack.us

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 10:30. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 10:30. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

8 comments for "BOLASEPAK SUKAN ASIA 2010:BINI PENGADIL NI ORANG CHINA KAH???!"

  1. bengkek jer malam tadi tengok... grrr

  2. ...PENGADIL AUSSIE NI SAJA NAK CARI PUBLISITI...BAB DIA TAK DPAT NAK JADI REFF MASA WORLD CUP.....

  3. cuba tanya kenapa saya dapat kad merah...dia tendang kuar padang...ngarut punya pengadil...

  4. peh, ni kene ngk replay ni...gile babas..FIFA xckp ape ke?

  5. dengar citer team mysia akn buat bantahan tentang mutu pengadilan mamat org putih krempes ni...supaya xde team lain yang terkena..memang gila card!!

  6. wa tak tengok lah bola-bola nie..
    eh pesal tetiba ganas lak aku ni..
    wahahaha jangan marah haaa...

  7. @nurezzat wa pun sama,kalu ikut wa suka main congkak je..

  8. I agree with most of your points, but some need to be discussed further, I will hold a small talk with my partners and maybe I will ask you some advice later.

    - Henry

Leave a reply

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter