Published On:Tuesday, 12 October 2010
Posted by admin
VIDEO KEMALANGAN NGERI DI HIGHWAY AYER KEROH-PEDAS.,DAN CERITA DI SEBALIK KEJADIAN.
AJAL SELEPAS MERAJUK.
SUMBER:MYMETRO
SEDIH...Fadzry dan Rohanta memujuk Natasha (dipangku), kelmarin.
MELAKA: “Tak sangka, kami ‘lepaskan’ dia sekejap saja, tetapi dia pergi buat selama-lamanya. Itulah kali pertama dia menaiki bas ekspres sepanjang hayatnya, tapi menjadi yang terakhir,” rintih Rohata Adam, 43, ibu kepada Sharene Sofia Fadzry Tan, 18.
Anak bongsu daripada dua beradik itu antara 10 penumpang bas ekspres Delima yang terbunuh dalam kemalangan ngeri meragut 12 nyawa di Kilometer 222.9 Lebuh Raya Utara-Selatan, lewat petang kelmarin.
Rohata tidak menduga permintaan Sharene Sofia yang beria-ia mahu ke Klang, Selangor, menemui rakannya sehingga merajuk beberapa hari kerana tidak dibenarkan pergi, ibarat petanda ajalnya sudah hampir.
Menurut Rohata, dia dan suaminya, Fadzry Tan Abdullah, 45, keberatan melepaskan anak mereka menemui rakannya yang dikenali ketika dia mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di negeri ini tahun lalu.
“Bagaimanapun, Sofia merajuk dan memujuk agar saya membenarkannya pergi bermalam dua hari di rumah rakannya itu.
“Tidak mahu dia merajuk berpanjangan, akhirnya saya membenarkannya pergi,” katanya yang ditemui di rumah ibunya di Kilometer 14, Kampung Umbai, dekat sini, semalam.

Jenazah Allahyarham Sharene Sofia dikebumikan kira-kira jam 11.30 pagi semalam, di tanah perkuburan Islam Umbai, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang kelmarin, bas ekspres Delima yang membawa 34 penumpang, terbabas dan memasuki laluan bertentangan lebuh raya dan menghempap beberapa kenderaan menyebabkan 12 terbunuh.
>>>>Sayu bila baca cerita-cerita disebalik kejadian...ajal dan maut di tangan tuhan...
berhati2 di jalan raya.....moga keluarga mangsa tabah dan sabar di atas dugaan yang maha dahsyat ni....
alfatihah.
========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI
========================================================================
comei dia tp allah lbih syg dia...al-fatihah