Headlines
Published On:Saturday, 30 October 2010
Posted by admin

TERKINI:LAGI BAS TERBABAS: 7 MAUT 20 CEDERA DI GENTING SEMPAH.

Sumber: Bernama dan Harian metro

KUALA LUMPUR:Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa para belia terbabas lalu terbalik di Kilometer 38 Genting Sempah, dekat sini kira-kira 7.50 malam ini.
Kemalangan yang membabitkan bas yang membawa 44 penumpang yang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.

Bas itu yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan, demikian menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail.


Penumpang bas berkenaan bermalam di Genting Highlands semalam. Beliau berkata, bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.

Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berada di tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa antaranya yang maut kerana tersepit di bawah bas.

Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.

 Berikut ialah senarai enam penumpang bas pelancongan yang membawa ahli Belia 4B dari Kampung Siong, Baling, Kedah yang maut dalam kemalangan di Km 38 Genting Sempah dekat ini pada 7.05 malam ini.
Mereka dikenali sebagai:- Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14; Mohd Amirul Muhamat Isa, 13; Mohamad Firdaus Rosedi, 16; Mohammad Yussof A. Akhit, 16; Mohd Ridzuan Husin, 17; Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17.dan 
 Mohd Zainal Mohd Sufian, 28, meninggal dalam perjalanan ke Hospital Selayang.
aduii...xcident bas lagi..hmmmmm.....x tau  nak ckp apa....AL FATIHAH...




Image Hosted by ImageShack.us

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 01:36. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 01:36. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

1 comments for "TERKINI:LAGI BAS TERBABAS: 7 MAUT 20 CEDERA DI GENTING SEMPAH."

Leave a reply

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter