Pertandingan tidur sekejap di Madrid???!
MADRID - Sejumlah peserta mengambil bahagian dalam pertandingan tidur sekejap di sebuah pusat beli-belah di sini. Peserta-peserta dalam lima kumpulan diberikan masa selama 20 minit untuk tidur di atas bangku berwarna biru dalam pertandingan itu.
Sebuah kumpulan, Persatuan Rakan-Rakan Tidur Sekejap menganjurkan pertandingan itu yang bermula semalam dan berlangsung selama sembilan hari.
Hadiah utama ialah wang tunai AS$1,410 (RM4,349).
Matlamat pertandingan itu adalah untuk mempromosikan tidur selepas waktu makan yang merupakan tradisi Sepanyol yang semakin terhakis akibat gaya hidup moden.
Peserta-peserta akan mendapat markah bagi kategori individu pertama yang terlelap, berdengkur paling kuat, kedudukan tidur terbaik dan pakaian tidur terbaik.
Doktor-doktor hadir untuk memeriksa sama ada para peserta itu betul-betul tidur.
>>apa ke pelik pertandingan ni...ada pulak PERSATUAN RAKAN-RAKAN TIDUR SEKEJAP....!!hadoi....macam2.....
kalau kt mysia PERSATUAN RAKAN-RAKAN TIDUR DI TEMPAT KERJA ada leer....
apa kata lepas ni kita buat pertandingan tidur paling lama.....syarat2..tempoh tidur selama 2 tahun,sapa yang bangun sebelum 2 tahun di kira kalah.HADIAH>>sebuah kilang membuat tilam beserta modal utk memulakan perniagaan..
ada berani??! ekekeke.
haha..paling lama? 2 tahun? sapa la yg bl tido selama tu. hak hak
kt spain mmg ada tradisi tdo kejap...siap ada wktu rehat lg utk tdo petang...best kn?
@farah hairuddin
best lahh
@fiezah91
org koma