Headlines
Published On:Friday, 22 October 2010
Posted by admin

MAUT KERANA REMOTE CONTROL.

Remaja lelaki maut berebut alat kawalan jauh TV dengan adik




KUANTAN - Gara-gara berebutkan alat kawalan jauh televisyen dengan adik, seorang pelajar lelaki Maahad Tahfiz Batu 4 di sini, menemui ajal selepas tercetus pertengkaran dengan saudaranya di Taman Balok Baru di sini, 4.30 petang semalam. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Mohd Haris Daud berkata, sebelum kejadian, mangsa, Naili Nafiz Zakaria, 14, dipercayai bertengkar dengan adik perempuannya berusia lima tahun yang berebut mahu menonton siaran pilihan masing-masing di televisyen. 

Bercakap kepada pemberita, Mohd Haris berkata, seorang saudara mangsa yang melihat pertengkaran itu dikatakan segera campur tangan sambil mengacah membaling serpihan kaca tingkap yang terdapat di depan pintu, kepada mangsa. 

Mohd Haris berkata, serpihan kaca berkenaan tiba-tiba terlepas dari tangan dan terkena paha kanan mangsa yang menyebabkan berlaku pendarahan yang banyak. 

Menurut Mohd Haris mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Balok di sini oleh jirannya sebelum disahkan meninggal dunia pada 5.40 petang ketika sedang mendapatkan rawatan. 

Katanya ketika kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah. 

Jezanah mangsa yang dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan dituntut oleh ahli keluarganya malam tadi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Balok kira-kira 9 pagi ini.


cerita-cerita macam ni yang x best nak dengar...pasal benda-benda kecik sampai bawa maut....jauhkanlah ek...bawak-bawaklah bersabar.....lain kali beli t.v dua..senang sikit,xyah berebut,xpun buat jadual waktu...nak lagi best buat tiket kalau nak tengok rancangan t.v kegemaran  masing2,confirm x berebut!...
Alfatihah....



Image Hosted by ImageShack.us

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 17:19. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 17:19. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

6 comments for "MAUT KERANA REMOTE CONTROL."

  1. perghh bahaya ni..pasal remote je mati ka..hahhaa..tu pun nak gaduh ka

  2. sng cter xyah ada tv kat rumah..x la gaduh.. heeee

  3. apa teruknya kalau dah xda tv..x la berebut nak tgk tv kan. hehe

  4. x pun.. beli tc sorg 1..x gaduh punya

Leave a reply

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter