Published On:Saturday, 16 October 2010
Posted by admin
CUBA LAGI TAHUN DEPAN...selamat tinggal piala malaysia.
Kalah menang adat pertandingan.Walaupun ketika ini rakyat SELANGOR sedang kecewa,tapi terimalah dengan hati yang terbuka.SEORANG PENYOKONG SETIA,HARUSLAH SENTIASA JATUH BANGUN BERSAMA PASUKAN.Kalau di ikutkan perlawanan tadi,memang selayaknya pasukan Kelantan menang.Corak permainan mereka lebih tersusun berbanding Selangor.Juga faktor kegagalan penyerang menyudahkan peluang yang terhidang.Inilah yang di namakan bolasepak.Bertenang,kita masih memiliki koleksi kejuaran tahun ni,Trofi liga Super dan Piala Sumbangsih,bukan tangan kosong..."bagi can lah kat pasukan lain"..SELANGOR masih lagi mendahului sebagai pemenang piala Malaysia paling banyak...belum ada yang mampu lawan.
KITA BUKAN X PERNAH MERASAI PERITNYA KEKALAHAN.Siapa yang dah lama menjadi penyokong setia MERAH KUNING,sudah tentu dah rasa perit getirnya kekalahan.Kalau kita sebagai penyokong xnak kalah APATAH LAGI PEMAIN.Zaman yang canggih ni,pemain dan penyokong sudah semakin dekat,contohnya melalui FACEBOOK.Kebanyakan pemain SELANGOR mempunyai fb.Sebelum perlawanan ni,siapa yang 'ADD as friend' dengan pemain-pemain ni pastinya akan membaca di ruangan wall post mereka.Luahan keazaman untuk mereka menang.Jadi x moleklah kalau kita mengutuk dan mencaci mereka.Mengkritik boleh,tapi ada batasnya.
Bagi aku kekalahan malam ni tidaklah seperit ketika kalah kepada Negeri Sembilan pada separuh akhir kedua PIALA FA,juga pada tahun ini.Terutama kes melibatkan insiden
TANGAN SHUKOR ADAN.Aku pasti sampai sekarang penyokong Selangor xkkan lupakan insiden tu.
SELAMAT TINGGAL PIALA MALAYSIA 2010...cuba lagi tahun depan...kepada anda penyokong Selangor,di sinilah kesetiaan anda di uji.Aku yakin.seorang penyokong SELANGOR yang setia boleh menerima kekalahan.Kita tunjukkan kepada penyokong lain,walaupun kita kalah,kita tidak membakar kereta,kerusi stadium atau membuat huru hara.SOKONGLAH SELANGOR SAMPAI KE MATI..
Bak kata ARWAH MOKHTAR DAHARI...."HIDUP MATI SAYA UNTUK SELANGOR!!"
VIVA SELANGOR!
========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI
========================================================================
hahahha nasib aku sokong kelantan...hik3