Headlines
Published On:Tuesday, 6 November 2012
Posted by admin

Sharnaaz: 'Saya sudah serik'




Sharnaaz

SERIK! Demikian reaksi pelakon utama drama Bukan Bidadari, Sharnaaz Ahmad ketika menjawab kontroversi terbaru yang melanda dirinya.

Sehubungan itu, menurut pelakon berusia 27 ini, dia tidak akan bekerjasama dengan syarikat produksi filem Darah Panas, White Merpati Entertainment Sdn. Bhd. pada masa akan datang.

"Saya serik dengan produksi itu tetapi tidak serik dengan industri," katanya kepada Sinar Harian Online.

Mengikut laporan media, Sharnaaz meninggalkan set penggambaran filem Darah Panas terbitan White Merpati Entertainment pada 5 Oktober lalu semata-mata kerana ingin bertemu penyanyi meningkat naik, Shila Amzah.

Sharnaaz didakwa mencengkam leher penolong pengarah Darah Panas dan meninggalkan lokasi penggambaran filem.

Tindakannya itu dikatakan berpunca daripada menunggu penolong pengarah filem itu, yang pergi mendapatkan pakaian penggambaran, terlalu lama.

Akibat daripada perbuatan itu, penerbit Darah Panas, S. Baldev dilaporkan telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Sharnaaz dan meminta pelakon berasal dari Georgetown, Pulau Pinang itu, memohon maaf secara terbuka dalam media.

Ketika dihubungi, Sharnaaz enggan memberi komen lanjut berhubung perkara itu.

"Terima kasih pada yang ambil tahu tetapi saya tak nak komen lebih.

"Kalau saya jawab, orang tetap manipulasi juga," katanya.

Dia juga meminta agar Shila, kekasihnya, tidak dikaitkan dengan kontroversi ini.

"Cukuplah hentam saya seorang. Cuba fikir kalau jadi pada ahli keluarga sendiri," katanya dengan nada kesal.

Sebelum ini, nama Shila dikaitkan dengan tindakan luar kawalan Sharnaaz itu.

Ketika ditanya soal sikap panas barannya, Sharnaaz berkata, "saya memang panas baran dan saya tidak pernah menidakkan kenyataan itu."

"Dalam semua hal, saya marah bertempat, takkan saya nak marah sesuka hati," katanya.

Sharnaaz, yang dikatakan merancang untuk berkahwin dengan Shila, juga berkata, akan lebih berhati-hati dalam memilih produksi penerbitan pada masa akan datang.

Katanya, "saya masuk industri bukan nak angkat 'cup' (piala), tetapi saya mahu tunjuk bahawa anak Melayu pun boleh buat rancak di persada dunia."

Pada masa sama, Sharnaaz tidak menolak kemungkinan isu ini dihebohkan kerana produksi tersebut mahu mempromosikan filemnya.

"Saya tak tahulah kenapa mereka membesarkan isu ini. Mungkin ini cara dia untuk mempromosikan filem dia," katanya.

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 16:23. Filed under , . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 16:23. Filed under , . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter