Published On:Tuesday, 6 November 2012
Posted by admin
Semak Online dan SMS Keputusan UPSR 2012
Untuk adik2 yang mengambil peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Tahun 2012, boleh mendapatkan keputusan adik daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada 19 November 2012.
Dunia dah canggih deekkkk...
Untuk ibubapa yang ingin menyemak keputusan peperiksaan UPSR 2012 anak anda, anda boleh menyemak melalui SAPS saja..
Untuk membuat semakan secara online, pelajar boleh menyemak keputusan UPSR melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS):
1-Pergi ke laman web SAPS, saps.moe.gov.my
2-Klik butang Semakan Ibu Bapa yang berwarna merah.
3-Masukkan No Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.
Untuk semakan melaui Sistem Pesanan Ringkas (SMS):
UPSR
- Semakan SMS: Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
- Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888
PMR
- Semakan SMS: Taip PMR [No KP] [angka giliran] dan hantar ke 15888
- Contoh: PMR 981021145879 BC001A040 hantar ke 15888
SPM
- Semakan SMS: Taip SPM [No KP] [angka giliran] dan hantar ke 15888
- Contoh: SPM 950909125151 BC001A040 hantar ke 15888
*******
Semoga berjaya ya adik2 semua!
========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI
========================================================================







