Published On:Thursday, 1 November 2012
Posted by admin
Maut Di Jambatan Pulau Pinang
GEORGETOWN: Sebuah kereta dipercayai terjunam di Kilometer 7.9, Jambatan Pulau Pinang menghala ke bandar ini, awal pagi tadi.
Setakat ini, pasukan penyelamat sudah berjaya mengesan kereta terbabit.
Kejadian berlaku kira-kira jam 4 pagi tadi dengan seorang mangsa ditemui mati di tempat pemandu.
Anggota penyelamat menaikkan sebuah kereta yang terjunam ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang di George Town, Khamis. Kejadian itu mengakibatkan pemandu kereta itu meninggal dunia akibat tersepit dalam kenderaan tersebut. Kereta tersebut dipercayai dipandu dari arah Butterworth ke George Town terbabas lalu melanggar tembok Jambatan Pulau Pinang dan terjunam ke dalam laut dalam kejadian awal pagi Khamis.
Difahamkan, APMM menjumpai satu beg galas berdekatan lokasi kejadian disyaki kepunyaan Tan Lean Loon, 881117-07-5163 beralamat di Lorong Sempadan 2, Sri Mahsuri, di sini.
========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI
========================================================================







