Published On:Thursday, 1 November 2012
Posted by admin
Diana Danielle Akan Nikah Berwalikan Hakim
Diana Danielle yang bakal melangsungkan pernikahan bersama aktor, Farid Kamil khabarnya akan berwalikan hakim bagi urusan nikah menggantikan bapa kandungnya.
Menurut beberapa sumber, keputusan berwalikan hakim itu dibuat selepas pelbagai usaha yang dilakukan untuk mencari dan menghubungi bapa kandung Diana Danielle tetap gagal.
Antara usaha yang di lakukan termasuklah pengiklanan melalui surat khabar, namun ianya masih juga gagal.
Walaubagaimana pun, kami berharap majlis nikah Farid dan Diana yang di jangka berlangsung pada 3 November nanti tetap berjalan lancar walaupun terdapat sedikit halangan.
Semoga pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle akan kekal bahagia sepanjang hayat tanpa sebarang kontroversi seperti yang di alami ramai selebriti hiburan ketika ini.
Kami doakan yang terbaik untuk kedua pasangan ini...Insyaallah...niat yang baik Allah akan tolong...
========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI
========================================================================







