Published On:Wednesday, 17 October 2012
Posted by admin
Kubur bayi di atas pokok!
Pelik tapi benar...
Ia berlaku di sebuah daerah di Tibet iaitu Nyingchi dan Kangbei. Apa yang korang nampak kotak tersangkut di atas pokok itu sebenarnya ialah keranda kanak2!
Memang ada ritual mengantung keranda berisi kanak-kanak di Tibet. Bayi yang meninggal dunia dimandikan menggunakan air garam sebelum diletakkan di dalam keranda dan kemudian digantung pada pokok. "Keranda" mereka terdiri dari kotak kayu, bakul anyaman dan juga bekas plastik. Keranda berisi jenazah bayi lelaki diletakkan pada bahagian atas pokok manakala keranda bayi perempuan pada bahagian tengah pokok.
Masyarakat tempatan percaya roh bayi akan lebih mudah naik ke syurga apabila diletakkan di atas pokok. Apabila keranda mereput tulang belulang mereka akan jatuh ketanah dan dibiarkan begitu sahaja.
Seram?
Bukan seram tapi kasihan...
========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI
========================================================================











