Headlines
Published On:Wednesday, 17 October 2012
Posted by admin

Farid Kamil Mohon Maaf Secara Terbuka





Apa salah Farid Kamil sampai mohon maaf?

Kisahnya,

 Aktor kacak, Farid Kamil telah memohon maaf kepada pelakon Diana Amir atas penampilannya yang berbeza dan seksi menerusi filem terbaru arahannya, Pe3 bermula 18 Oktober ini.

Oh..

“Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Diana Amir kerana imej yang dipaparkan dalam filem ini sangat berbeza dengan penampilannya sekarang.

“Saya harap, dia boleh menerima perkara ini dengan terbuka dan terus menyokong mempromosikan Pe3 memandangkan filem ini telahpun menjalani penggambaran pada awal Mac tahun lalu,”katanya ketika majlis tayangan media filem Pe3 di TGV Sunway Pyramid, kelmarin.

Imej dan penampilan Diana Amir di dalam filem tersebut tentu sekali berbeza dengan imej sekarang setelah beliau mengambil keputusan berhijab...

Dalam filem berkenaan, penampilan Diana Amir agak seksi serta melakukan beberapa aksi intim termasuk adengan pipinya dicium oleh Farid Kamil.

Kebetulan, pada majlis tayangan media pada malam berkenaan, kelibat Diana Amir tidak kelihatan.

Ketiadaan pelakon manis itu telah meninggalkan tanda tanya ramai pihak, walaupun beliau merupakan salah seorang teraju utama dalam filem terbitan MIG itu.

Penerbit Metrowealth (MIG) , Mejar David Teo tampil memberi penjelasan mengenai ketiadaan Diana Amir pada malam berkenaan.

“Diana ada datang ke pejabat saya pada Isnin lalu dan meminta izin untuk tidak hadir ke majlis tayangan ini kerana mengakui beliau segan untuk melihat penampilannya yang dahulu. Saya faham mengenai situasinya memandangkan dia kini sudah pun tampil dengan imej berhijab.

“Mengenai poster Pe3 yang tidak mempunyai gambar beliau pula, bukan Diana yang minta untuk tidak meletakkan gambarnya. Namun, saya sendiri yang minta untuk mengeluarkan gambarnya kerana penampilannya yang tidak bertudung. Saya kena jaga hati dia kerana dia sudah berhijrah sekarang,” jelasnya.

Selain Diana Amir, bintang lain yang turut berlakon dalam filem aksi Pe3 adalah Kamal Adli, Along Zendy, Taiyuddin Bakar dan Farid Kamil sendiri.

******

Sikap terpuji dari Farid Kamil..sekurang2nya beliau hormat dan respek pada Diana Amir.....


========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 20:52. Filed under , . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 20:52. Filed under , . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter