Headlines
Published On:Saturday 1 September 2012
Posted by admin

Pesanan FAS buat Amri, Bunyamin



ADA mesej positif yang mahu disampaikan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) terhadap dua tonggak berkaliber, Amri Yahyah (gambar) dan Bunyamin Omar.

Malam ini, kedua-dua pemain tersebut dijangka kembali memperkuatkan skuad Gergasi Merah menjelang pertemuan menentang T-Team dalam aksi Kumpulan D kempen Piala Malaysia di Stadium Shah Alam.

Amri dan Bunyamin sebelum ini terlepas tiga aksi awal Piala Malaysia akibat digantung tiga perlawanan dan didenda RM1,500 seorang gara-gara bertindak melakukan kekasaran melampau terhadap penyerang import Kelantan, Mohammed Ghaddar dalam satu aksi Liga Super di Stadium Mohammed ke-IV, Kota Bharu pada 29 Jun lalu.

Ketiadaan dua pemain tersebut jelas dirasai Merah Kuning apabila sekadar mengutip empat mata hasil satu kemenangan dan satu seri setakat ini, tiga mata di belakang Pahang yang kini selesa menerajui kumpulan dengan tujuh mata.

Justeru, Hamidin mahu kedua-dua pemain tersebut mengambil iktibar terhadap insiden berkenaan biarpun mengakui kehadiran mereka bakal memberikan lebih banyak pilihan kepada jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim malam ini.

"Jika tanya saya, Amri dan Bunyamin sepatutnya tidak cepat berasa selesa dan menganggap posisi mereka dalam kesebelasan utama Selangor terjamin secara automatik.

"Jadi, saya harap hukuman tersebut dapat memberikan pengajaran kepada kedua-dua pemain itu supaya tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama selepas ini," tegasnya kepada Kosmo!

Malam ini, Amri dijangka kembali semula menggalas tugas kapten yang sebelum ini diambil alih oleh P. Gunalan dan Safiq Rahim dalam tiga perlawanan awal sebelum ini.

Sepanjang ketiadaan Amri, Gergasi Merah dilihat bergantung sepenuhnya dengan kredibiliti penyerang import, Bosko Balaban memandangkan penyerang pinjaman, Rozaimi Abdul Rahman dilihat masih tercari-cari sentuhan penyudah sepanjang kempen kali ini.

Begitupun, Hamidin enggan 'campur tangan' dengan strategi yang mahu direncana Irfan seandainya pengendali berpengalaman itu mahu menggunakan khidmat Amri dan Bunyamin malam ini.

"Saya sentiasa mempercayai kredibiliti Irfan, seperti yang saya katakan tadi saya cuma tidak mahu (Amri dan Bunyamin) berasa selesa dengan kedudukan mereka dan bukannya diketepikan langsung.

"Yang paling penting, kami berjaya memburu tiga mata berharga (malam ini) supaya 'misi 33' yang sering tertangguh sejak 2005 tidak lagi tergendala kali ini," jelasnya optimis.

Selain aksi antara Selangor dan T-Team, skuad Tok Gajah yang masih segar dengan kejayaan membelasah Sarawak 6-0 Selasa lalu pula bakal berkunjung ke Stadium Negeri, Kuching dan kembali membuat perhitungan dengan lawan yang sama dalam satu lagi aksi Kumpulan D malam ini.


========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 09:56. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 09:56. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter