Headlines

Khoo: FAM bakal hilang ramai 'kawan'

Posted by admin | Monday, 25 February 2013 | Posted in






KUALA LUMPUR - Tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menguatkuasakan peraturan melarang anggota gabungannya menegur atau mengkritik badan induk bola sepak negara itu boleh menyebabkan mereka bakal kehilangan ramai 'kawan' yang jujur dalam membangunkan bola sepak negara.

Pengkritik sukan negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata Artikel 88 Statut FAM yang melarang anggotanya termasuk jurulatih dan pemain mengkritik badan induk itu, boleh mengundang perasaan jelek peminat bola sepak tempatan terhadap FAM.

"FAM seharusnya lebih bersifat terbuka menerima kritikan kerana ia dapat membantu menambah baik persatuan itu dan bukan terus menjatuhi hukuman ke atas pihak yang membuat teguran. Saya bimbang suatu hari nanti semua orang jemu dengan tindakan FAM.

"FAM sepatutnya lebih risau prestasi skuad Harimau Malaya yang semakin merudum sejak kebelakangan ini dan bukannya sibuk menjatuhi hukuman terhadap anggota gabungannya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi mangsa terbaru Artikel 88 Statut 2010-2014 FAM apabila digantung dua tahun enam bulan dan didenda RM39,000 kerana kesalahannya mengkritik badan induk itu.

Pada tahun lepas, Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, digantung dua setengah tahun kerana melanggar peraturan yang sama.

Sebelum itu, dua bekas Naib Presiden FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil menjadi 'mangsa' hukuman FAM berikutan kritikan mereka terhadap badan induk itu.

Sementara itu, jurucakap Utras Malaya, Lekir Ahmad berkata tindakan FAM menjatuhi hukuman kepada persatuan negeri dan individu yang mengkritik badan induk itu hanya membuatkan penyokong bola sepak negara semakin membenci FAM.

"FAM memang dibenci peminat sejak dari dulu lagi kerana mereka tidak pernah menghormati atau mendengar cadangan daripada peminat sedangkan bola sepak adalah milik masyarakat dan bukannya milik FAM," katanya.

Beliau berkata peminat dan persatuan bola sepak negeri boleh diibaratkan sebagai mentimun dan FAM pula adalah durian yang sentiasa kebal dan tidak terjejas dengan apa jua kritikan.

Lekir berkata kelab penyokong bola sepak Malaysia itu menyokong tindakan berani Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim yang mengkritik mutu pengadilan yang dikatakan lemah, bukan sahaja pada perlawanan membabitkan Johor Darul Takzim (Johor DT) tetapi dalam hampir semua saingan Liga Malaysia.

"Kita tunggu dan lihat apa keputusan yang bakal dilakukan oleh FAM selepas ini sama ada akan terus menghukum TMJ atau pun sebaliknya," kata beliau.

Sementara itu, menurut sumber dalaman FAM, Artikel 88 FAM menyebabkan mereka terpaksa 'mengunci mulut' masing-masing daripada mengemukakan sebarang kritikan atau pun teguran kepada FAM.

"Kita tidak boleh terlampau dalam mengeluarkan kenyataan kerana terikat dengan peraturan FAM...sekiranya FAM berkuasa menjatuhi hukuman kepada naib presiden, inikan pula kepada ahli biasa," katanya. - Bernama

ATM Juara Piala Sumbangsih

Posted by admin | Sunday, 6 January 2013 | Posted in ,






PETALING JAYA: Pasukan ATM menjulang Piala Sumbangsih atau dikenali sebagai Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama apabila menewaskan Kelantan 4-3 menerusi penentuan penalti di Stadium Shah Alam, malam Sabtu.

Ia merupakan permulaan baik buat The Gladiators dalam aksi pembuka tirai Liga Malaysia 2013.

Malah kemenangan itu membolehkan ATM merealisasikan misi balas dendam mereka terhadap Kelantan yang menjuarai Piala Malaysia musim lalu.

Kedua-dua pasukan bermain dengan seimbang dalam aksi 45 minit pertama dengan kedudukan seri tanpa jaringan.

Pendatang baru Liga Super, pasukan ATM menguasai sepenuhnya perlawanan babak pertama.

Pasukan kendalian jurulatih B.Sathianathan itu hampir memecah kebuntuan menerusi tiga percubaan berbahaya.

Pemain gantian Syazuan Hazani hampir meletakkan ATM di depan pada minit ke-15, tetapi rembatannya tersasar.

Juara Liga Super tahun lalu, Kelantan pula masih tercari-cari rentak untuk membolosi kubu pertahanan lawan.

Aksi babak kedua bersambung sengit.

Pemain berusia 31 tahun, Indra Putra Mahayuddin menjaringkan gol pertama untuk The Red Warriors pada minit ke-55.

Keita Mandjou menggandakan jaringan buat Kelantan pada minit ke-60 tetapi gol tersebut dibatalkan kerana ofsaid.

The Gladiators bangkit melakukan asakan menerusi jaringan Irwan Fadzly Idrus pada minit ke-85.

Gol tersebut meletakkan kedudukan seri 1-1.

Kedudukan seri kekal sehingga minit ke-93 dan memaksa juara ditentukan menerusi sepakan penalti.

Irwan Fadzly dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan.

Barisan pemain:

Kelantan:

Obinna Nwaneri, Nik Mohd Shahrul Azim, Zairo Anuar Bin Zailani, Mohd Shakir ShaariMohd Nor Farhan Muhammad, Mohd Daudsu Jamaludin, Mohd Badhri Mohd Radzi, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Keita Mandjou, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Syazwan Yusof

ATM:

K.Reuben, Mohd Fainizam Nordin, Bruno Marteloto, Muhd Shukor Adan, Venice Elphi AK Danny Kaya, Mohd Fitri Omar, Hairuddin Omar, Irwan Fadzly Idrus, Mohd Farizal HarunRezal Zambery Yahya, Amiridzwan Taj Tajudin


Mstaronline

Khairul Fahmi & Leuniey Sah Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

Posted by admin | Friday, 28 December 2012 | Posted in , ,



Apek dan leuniey kini sah menjadi suami isteri. Foto SAZUKI EMBONG



KOTA BARU: Dengan sekali lafaz, penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat, 23, atau Apek sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib di kediaman keluarga Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, di sini, kira-kira pukul 10 pagi Jumaat.

Apek yang mengenakan persalinan baju Melayu berona putih krim itu berkata, dia bersyukur apabila segala perancangan majlis mereka berjalan dengan lancar dan menganggap perkahwinan itu sebagai tanda berakhirnya kontroversi yang membabitkannya dengan Leuniey.

"Alhamdulillah syukur apabila majlis ini berjalan dengan lancar.

"Perkahwinan ini juga menandakan pelbagai isu kontroversi yang membabitkan saya dan Leuniey sudah tamat, " katanya kepada mStar Online selepas majlis pernikahan berlangsung.

Tambah Apek, sebelum ini, pergerakan dia dan Leuniey untuk bertemu agak terbatas lebih-lebih lagi ketika kontroversi panas membabitkan Leuniey kononnya telah menjadi orang ketiga dalam hubungan cinta Apek yang terdahulu.





Pasangan ini belum merancang untuk berbulan madu lagi.



"Oleh kerana itu, kami hanya dating di rumah sahaja dan rumah keluarga kami merupakan tempat rahsia kami untuk bertemu," ujarnya.

Leuniey telah menerima wang hantaran yang juga dijadikan sebagai mas kahwin sebanyak RM19,000 berserta tujuh dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pengantin lelaki.

Sebelum majlis pernikahan itu, rombongan pihak lelaki tiba dengan diiringi sepasukan polis trafik sepanjang perjalanan mereka ke kediaman keluarga Leuniey.

Sementara itu, Apek memberitahu, dia dan isterinya itu belum merancang untuk berbulan madu dalam masa terdekat ini, namun masih lagi menganggap perkara itu amat penting sebagai permulaan baru melalui alam berumah tangga.

Rombongan pihak lelaki yang hadir pada majlis tersebut ialah ibu bapa Apek iaitu Che Mat Hussein 58, dan Bidah Ibrahim, 57, serta lima adik-beradiknya.

Turut hadir ibu bapa Leuniey iaitu Nazri Adnan, 44, dan Norlaila Abu Bakar,45, serta empat adik-beradiknya yang lain.

Majlis pernikahan itu turut dihadiri Timbalan Mufti negeri Kelantan, Datuk Nik Abd Kadir.

Apex Berdebar Saat Bakal Bergelar Suami Esok Hari

Posted by admin | Thursday, 27 December 2012 | Posted in , ,



KUALA LUMPUR : “Saya nervous, berdebar, teruja dan sebenarnya tak tergambar perasaan ini untuk menghadapi hari bahagia saya ini nanti,” demikian kata penjaga gawang bola sepak negara Khairul Fahmi Che Mat yang sedang menghitung detik-detik bahagianya dalam tempoh tidak sampai 24 jam lagi.

Tidak sabar mahu bergelar suami kepada gadis pilihan hatinya, Leuniey Natasha, Khairul Fahmi atau Apex mengakui dia kini sudah bersedia sepenuhnya, baik dari segi mental mahupun fizikal untuk memikul tanggugjawab sebagai seorang suami.

“Saya berjanji tidak akan mensia-siakan isteri saya…Keputusan untuk mendirikan rumah tangga datang dari saya sendiri, Insya Allah saya akan menjadi suami yang sempurna di mata Leuniey,” kata Apex kepada murai.com.my dengan nada malu-malu.

Biarpun ramai yang mempersoalkan tentang keputusannya untuk mendirikan rumah tangga dalam usia muda dan di saat kariernya sedang memuncak, Apex mengakui perkara itu bukan halangan untuk dia terus berada di persada bola sepak negara.

“Tidak ada salahnya berkahwin di usia muda, malah lebih baik jika ianya dilakukan kerana dapat mengelak daripada berlakunya perkara yang tidak elok. Saya tak setuju kalau orang kata perkahwinan akan merosakkan karier seseorang, kerana karier dan perkahwinan adalah dua perkara berbeza,” katanya serius.

Menjawab persoalan tentang dia tidak diturunkan semasa perlawanan Piala AFF 2012 baru-baru ini, Apex mengaku kecewa apabila perkara itu dikaitkan dengan perkahwinannya.

“Saya tak faham kenapa perlu kaitkan perkara itu dengan majlis perkahwinan saya. Tapi sebenarnya, samada saya ‘performed’ ataupun tidak orang tetap akan kaitkan saya dengan perkara itu.

“Saya agak kecewa bila Leuniey turut dikaitkan dalam hal ini dan lebih pahit lagi apabila dia ‘disembur’ dengan kata-kata yang tidak enak didengar … tapi tak apalah…benda pun dah lepas…semua kata-kata itu saya anggap sebagai kritikan membina. Agaknya ini dugaan orang nak kahwin,” katanya dalam tawa kecil.

Sebelum mengakhiri perbualan, Apex sempat memohon agar semua pihak mendoakan yang terbaik untuk dia dan Leuniey. – Murai

Singapura Juara Piala AFF Suzuki Kali Keempat

Posted by admin | Sunday, 23 December 2012 | Posted in ,



KUALA LUMPUR: Singapura menamatkan penantian mereka untuk muncul juara buat kali keempat selepas lima tahun dengan menundukkan Thailand 3-2 secara agregat pada aksi final kedua di Stadium Supachalasai, Bangkok, Thailand malam Sabtu.

Skuad 'The Lions' sebelum ini mencatatkan kemenangan selesa 3-1 ke atas Thailand pada perlawanan final pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura Rabu lepas.

Gol tunggal perlawanan pada malam ini dihasilkan penyerang Thailand, KiratiKeawsombut menerusi tandukan pada minit ke-45, jelas tidak membantu skuad 'Changsuk' (Gajah Perang) itu untuk menghalang 'The Lions' dari mencatat kejuaraan kali keempat selepas muncul pemenang pada 1998, 2004 dan 2007.

Pasukan bimbingan Winfried Schafer ini wajar menyalahkan diri mereka sendiriselepas gagal menyempurnakan beberapa peluang untuk menjaringkan gol pendahuluanpada separuh masa pertama sehinggalah Kirati membuka tirai jaringan selepasbeliau menanduk masuk hasil sepakan sudut daripada Theerathon Butmathan.

Bersambung pada separuh masa kedua, Singapura mengekalkan corak bertahanyang kental menerusi gandingan dua pemain tinggi lampai Baihakki Khaizan dan Daniel Mark Bennett sehingga menyukarkan jentera serangan Thailand untuk menggandakan jaringan.

Thailand berpeluang untuk menambah gol pada minit ke-65 namun sepakan percuma daripada pemain tengah, Jakkapan Pornsai hanya sedikit melepasi pintu gol pasukan Singapura.

Strategi taktikal Schafer dengan memasukkan dua pemain tengah iaitu Chanathip Songkrasin dan Apipoo Suntornpanavej pada pertengahan separuh masa kedua juga tidak banyak membantu pasukan berkenaan yang kerap kehilangan bola kepada pemain The Lions.

Kekalahan berkenaan menyaksikan hasrat Thailand untuk meraih kejuaraan buatkali keempat tidak kesampaian selepas muncul pemenang pada 1996, 2000 dan 2002.

Skuad Harimau Malaya selaku juara bertahan gagal melayakkan diri ke perlawanan akhir selepas kalah 1-3 secara agregat kepada Thailand di perlawanan separuh akhir.BERNAMA

Piala AFF Suzuki : Thailand Mara Ke Final, Tewaskan Malaysia 2-0

Posted by admin | Thursday, 13 December 2012 | Posted in ,



PETALING JAYA: PASUKAN Thailand mara ke final Piala AFF Suzuki selepas menang 2-0 ke atas Malaysia pada aksi pusingan separuh akhir kedua di Bangkok, Khamis.

Thailand mara dengan agregat 3-1 apabila turut meraih satu jaringan ketika aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil Ahad lalu.

Dengan beraksi 10 orang pemain, selepas Fadli Shaas dilayangkan kad merah pada minit ke-43, skuad Harimau Malaya gagal mengekang aksi pihak lawan.

Bersambung ke babak skuad perlawanan, skuad Thailand yang dikendalikan oleh jurulatih dari Jerman, Winfried Schafer melakukan serangan pantas ke kubu lawan untuk mencari gol perlawanan bagi memastikan bekalan selesa sebelum ke final.

Pada minit ke-60 gol pertama perlawanan berjaya dicipta oleh Teerasil Dangda selepas melepasi dua pemain negara, Amar Rohidan dan Mohd Aidil Zafuan di luar kotak penalti sebelum menggelecek masuk ke gol menewaskan penjaga gol negara, Farizal Marlias.

Enam minit selepas itu, Stadium Supachalasai sekali lagi bergegar dengan sorakan penyokong-penyokong tuan rumah selepas Theerathon Butmathan menambah gol kedua perlawanan.

Keputusan berakhir dengan berpihak kepada Thailand sekaligus memberi kekecewaan kepada skuad negara yang gagal mempertahanan kejuaraan yang dijulang dua tahun lalu.

Thailand bakal berdepan dengan Singapura pada aksi final nanti selepas pasukan itu turut menewaskan Filipina pada Rabu.

Piala AFF Suzuki: Thailand Ikat Malaysia Seri 1-1

Posted by admin | Sunday, 9 December 2012 | Posted in ,







KUALA LUMPUR: Keputusan seri 1-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Ahad bakal menyaksikan saingan kedua di Bangkok nanti sebagai perlawanan 'hidup mati' skuad negara.

Aksi bertenaga anak buah Datuk K Rajagobal pada separuh masa pertama gagal mencuri sebarang gol walaupun mereka dilihat lebih menguasai permainan.

Harimau Malaya memulakan aksi garang di depan hampir 70,000 penonton yang hadir dengan meletakkan Norshahrul Idlan Talaha sebagai penyerang tunggal perlawanan.

Manakala pasukan Thailand yang dibimbing jurulatih dari Jerman, Winfried Schafer mempamerkan aksi berhati-hati memandangkan keadaan padang yang sedikit licin.

Turun selaku juara Kumpulan A, pasukan Gajah Putih itu telah melakukan serangan di luar kotak penalti dengan percubaan berbahaya daripada Asul Lonso pada minit ke-11, namun berjaya diselamatkan penjaga gol negara, Farizal Marlias.

Bersambung pada separuh masa kedua, skuad Harimau Malaysia bangkit dengan corak permainan yang lebih agresif mencari gol dan hantaran Mahali Jasuli ke depan pintu gol berjaya ditanduk sempurna Norshahrul pada minit ke-48 sekali gus mendahului satu jaringan.


Namun kedudukan satu gol yang dikutip skuad Harimau Malaya tidak bertahan lama apabila tandukan Teerasil Dangda mengenai tiang gol sebelah dalam sebelum bola keluar sekali gus menyamakan kedudukan pada minit ke-79.


Kedudukan seri satu sama mengakhiri perlawanan pertama ini dan pastinya selepas ini bakal menyaksikan percaturan baru kedua-dua pasukan pada aksi separuh akhir kedua nanti.

Apa jua percongakan yang bakal diambil oleh Rajagobal selepas ini, keputusan menang amat diperlukan bagi melengkapkan siri ke final nanti.

SENARAI PEMAIN

MALAYSIA: Mohd farizal Marlias, Mahali Jasuli, Mohd Bunyamin Umar, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, Safiq rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, Gary Steven Robbat, Azammuddin Mohd Akil, Baddrol Bakthiar, Mohamad Fadhli Mohd Shaas

THAILAND: Kawin Thamsatchanan, Panupong Wongsa, Theerathon Bunmathan, Chonlatit Jantakan, Datsakorn Thonglao, Teerasil Dangda, Anucha Kitpongsri, Adul Lohsoh, Jakkapan Pornsai, Phichitphong Choeichiu, Piyaphon Buntao

Safee Sali Sah Milik Johor

Posted by admin | Wednesday, 5 December 2012 | Posted in




SAFEE (kanan) menyerahkan dokumen kontrak kepada presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas menandatanganinya di Wisma FAM, Kelana Jaya malam tadi.



PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) terus berbelanja besar dalam persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Semalam, Setiausaha PBNJ, Suhairi Hashim mengesahkan telah mendapat surat pelepasan daripada kelab Liga Super Indonesia (ISL), Arema Indonesia bagi mendapatkan khidmat penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali secara pinjaman musim depan.

Suhairi berkata, surat yang ditandatangani oleh Pengarah Arema, Ruddy Widodo menyatakan, Safee akan menyarung jersi Johor selama setahun bermula dari 1 Disember 2012 hingga 30 November 2013.

“Safee sepatutnya hadir malam ini (semalam) untuk menandatangani kontrak tetapi tidak dapat berbuat demikian disebabkan terikat dengan peraturan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) yang tidak membenarkan pemain kebangsaan keluar daripada kem latihan mereka sepanjang kempen Piala Suzuki AFF 2012.

“Namun, kami (PBNJ) telah mendapat pelepasan daripada Arema yang membenarkan Safee beraksi bersama Johor. Saya ada bukti dan saya boleh tunjuk kepada umum.

“Jika segalanya berjalan seperti yang dirancang, Safee akan beraksi bersama Johor. Kami memang bersungguh-sungguh untuk membawa masuk Safee dan mahu menyelesaikan perkara ini dalam tempoh dua hari sebab tarikh tutup pendaftaran pemain akan tutup pada 6 Disember (esok),” kata Suhairi ketika ditemui pemberita di Hotel Prince Kuala Lumpur malam tadi.

Terdahulu, sidang akhbar yang dirancang PBNJ untuk majlis menandatangani kontrak Safee tidak dapat diteruskan kerana pemain berusia 28 tahun itu tidak dapat hadir kerana terikat dengan peraturan FAM.

Situasi itu menyaksikan Suhairi bersama Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bergegas ke Wisma FAM, Kelana Jaya malam tadi bagi mendapatkan tandatangan Safee.

Mengulas mengenai yuran pinjaman dan gaji Safee, Suhairi berkata: “Berhubung perkara itu, kami tidak boleh dedahkan dan ia adalah rahsia,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau memberi gambaran bahawa Safee akan mendapat gaji yang lebih baik daripada apa yang diterimanya bersama Arema.

Kosmo! difahamkan Safee ketika ini menerima gaji sebanyak RM90,000 sebulan daripada Arema dan ia memberi bayangan bahawa dia akan menerima gaji sekurang-kurangnya RM100,000 sebulan bersama Johor.

Pada 1 Februari lalu, Safee telah menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun bersama kelab Indonesia itu dengan nilai keseluruhan berjumlah RM2 juta. Kontrak dua tahun itu termasuk pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai yang dibayar oleh kelab, tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh kelab dan penghormatan sebagai kapten pasukan.

Kontrak Safee bersama Arema akan tamat pada 2014.

Sebelum ini, lima pemain kebangsaan iaitu Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Aidil Zafuan Radzak, Zaquan Adha Radzak dan Azmi Muslim serta bekas pertahanan Terengganu dan Harimau Muda A, Muslim Ahmad telah menandatangani kontrak untuk beraksi bersama Johor musim depan.

Piala Suzuki AFF: Malaysia Tewaskan Indonesia 2-0

Posted by admin | Saturday, 1 December 2012 | Posted in ,





BERIKUT adalah keputusan Piala AFF Suzuki kumpulan B, di antara Malaysia dan Indonesia, Sabtu:

Malaysia 2-0 Indonesia

Jaringan : Azamuddin Akil - m-26, Mahali Jasuli - m-29

Singapura 4-3 Laos

Malaysia menjadi naib juara Kumpulan B sekaligus bakal bertemu juara Kumpulan A, Thailand pada aksi separuh akhir nanti.

Manakala Singapura juara Kump B akan bertemu Filipina.

Gelaran Wak Lan ganti Mat Yo?

Posted by admin | | Posted in , ,




NAMA mempunyai pengaruh yang signifikan dalam kehidupan seseorang individu termasuk nama panggilan khususnya bagi mereka yang terkenal atau seorang bintang.

Kemasukan penyerang kontroversi, Norshahrul Idlan Talaha ke Harimau Selatan secara sah Selasa lalu, dilihat memperkukuhkan barisan pemain Johor, sekali gus memberi perkhabaran gembira buat peminat fanatik bola Johor.

Pengerusi Johor Fan Club, Ghazali Samad berkata, susulan kemasukan Norshahrul Idlan, yang sebelum ini dikenali sebagai Mat Yo, sebanyak 434 respons peminat diterima yang memberi jolokan baru buat Pemain Paling Bernilai tiga kali berturut-turut itu.

“Nama gelaran ini biasanya diberi oleh peminat, kami yang menggelarkannya dan akan menjadi ikutan.

“Ia datang secara spontan menerusi laman Facebook kelab dan diterima semua peminat yang melihat perlu ada nama jolokan baru yang lebih sinonim dengan peminat di Johor.

“Nama Wak Lan, dimana Wak itu yang berasal dari Jawa yang majoriti penduduk di negeri ini dan Lan diambil dari nama terakhir beliau Idlan,” katanya kepada Sinar Harian.

Ghazali berkata, nama gelaran baru itu seakan memberi perubahan dan kebangkitan yang membawa harapan 27,243 peminat bernaung di bawah FB kelab.

Katanya, pihak Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) tidak mempunyai masalah dengan nama tersebut kerana mereka menggunakan nama rasmi dalam sebarang urusan.

Norshahrul Idlan mengesahkan penyertaan mewakili Johor selepas menandatangani kontrak secara tertutup di sebuah hotel di ibu negara, Selasa lalu, selepas beberapa jam Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan pemain itu bebas untuk bermain dengan mana-mana pasukan musim depan.

Piala AFF Suzuki 2012: Harimau Malaya Bangkit Tewaskan Laos 4-1

Posted by admin | Wednesday, 28 November 2012 | Posted in ,

Safee Sali (kiri) meraikan jaringan kedua Malaysia pada minit ke-66. Foto M. AZHAR ARIF / THE STAR



KUALA LUMPUR: Percaturan ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K.Rajagobal untuk meraih kemenangan pertama pada aksi Piala AFF Suzuki akhirnya tercapai selepas menewaskan Laos 4-1 pada aksi Kumpulan B Piala AFF Suzuki yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu.

Tewas 3-0 pada aksi pertama menentang Singapura pada Ahad lalu, ternyata skuad Harimau Malaya tampil dengan corak permainan yang lebih bertenaga dengan menguasai permainan selain turut melakukan beberapa percubaan ke arah gol.

Peluang untuk mencipta gol pertama hadir menerusi penyerang utama, Safee Sali pada minit ke-10, tetapi gagal disempurnakan dengan tepat.

Namun lima minit selepas itu, kapten negara, Safiq Rahim berjaya menghasilkan jaringan sulung melalui sepakan percuma yang tepat ke arah gawang yang dikawal Sengphachan Bounthisanh.

Sementara itu, aksi hambar penjaga gol utama negara, Khairul Fahmi Che Mat pada aksi pertama sebelum ini menjadikannya sebagai pemanas bangku pada aksi malam Rabu dengan digantikan Farizal Marlias.

Kegembiraan mendahului 1-0 tidak berpanjangan apabila Khonesavanh Sivavong menyamakan kedudukan pada minit ke-38 apabila tendangannya terkena kaki pertahanan negara, Mohamad Aidil Zafuan sebelum bola melambung ke arah gol.

Permainan separuh masa pertama kedua-dua pasukan terikat seri 1-1.

Bersambung ke babak kedua, Malaysia melakukan satu pertukaran dengan mengeluarkan Azmi Muslim digantikan Zubir Azmi.

Pasukan Laos yang dibimbing jurulatih dari Jepun, Kokichi Kimura dilihat bangkit melakukan permainan yang lebih pantas, namun benteng pertahanan Harimau Malaya gandingan Shakir Shaari, Fadhli Shaas serta Aidil Zafuan menyukarkan pemain-pemain Laos menembusi kawasan kotak penalti.

Selepas hampir tujuh kali gagal melakukan percubaan tepat, akhirnya Safee berjaya menambah jaringan kedua negara pada minit-66 melalui hantaran Wan Zack Haikal.

Permainan semakin rancak apabila Wan Zack menambah satu lagi jaringan Malaysia pada minit ke-75 selepas melakukan tandukan cantik di depan pintu gol.

Tiga cukup dengan tiga gol, skuad Harimau Malaya terus garang menambah jaringan menerusi Khyril Muhymeen yang gol keempat pada minit ke-79 selepas beberapa minit menggantikan Safee.

Kemenangan ini juga kembali menghidupkan semula harapan seluruh peminat bola sepak tanah air untuk melihat pasukan negara mara ke pusingan seterusnya sebelum bertemu pasukan Indonesia pada aksi terkakhir peringkat kumpulan Sabtu ini.

Satu perlawanan peringkat kumpulan ini yang turut berlangsung petang Rabu, menyaksikan Singapura tewas 1-0 kepada Indonesia.

BARISAN PEMAIN:

MALAYSIA: Mohd Farizal Marlias, Mahalli Jasuli, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohamad Azmi Muslim, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Safiq Rahim (kapten), S. Kunalan, Mohd Shakir Shaari, Wan Zack Haikal Wan Nor, Norshahrul Idlan Talaha (Baddrol Bakhtiar), Mohd Safee Mohd Sali (Mohd Khyrill Muhymeen Zambri).

LAOS: Sengphachan Bounthisanh, Ketsada Souksavanh, Soukaphone Vongchiengkham, Keoviengpheth Lithideth, Visay Phaphouvanin (kapten) (Daoneua Siviengxay), Kanlaya Sysomvang, Khonesavanh Sihavong, Phatthana Syvilay, Viengsavanh Sayyaboun, Kovanh Namthavixay, Khampeng Sayavutthi.

‘Tiada kaitan dengan perkahwinan saya’

Posted by admin | Tuesday, 27 November 2012 | Posted in , ,



PENJAGA gol No. 1 negara, Khairul Fahmi Che Mat menepis dakwaan bahawa tumpuannya terjejas ekoran persiapan perkahwinan yang bakal berlangsung pada penghujung Disember depan.

Namun pada masa sama, pemain berusia 23 tahun itu tanpa berselindung mengakui dirinya menjadi punca utama kekalahan 0-3 skuad Harimau Malaya kepada Singapura pada aksi pembuka tirai peringkat Kumpulan B Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin.

Dalam perlawanan itu, Khairul Fahmi yang juga dikenali sebagai Apek didakwa membuat kesilapan mudah apabila gagal mengeluarkan bola pada minit ke-37 hasil sepakan percuma Shahdan Sulaiman sebelum disambar Shahril Ishak untuk gol kedua Singapura pada perlawanan tersebut.

Persembahan goyah Apek dalam pertemuan itu telah mengundang resah peminat biarpun penjaga gol utama Harimau Malaya itu kembali fokus pada separuh masa kedua.

“Saya bertanggungjawab atas kekalahan Malaysia kepada Singapura. Begitupun, ia tiada kena mengena dengan persiapan perkahwinan saya.

“Sekali lagi, saya memohon maaf kepada seluruh rakyat kerana gagal membantu skuad negara mencatatkan kemenangan ketika menentang Singapura dan berjanji akan kembali bangkit selepas ini,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan malam kelmarin.

Untuk rekod, Apek, 23, yang merupakan penjaga gol utama Kelantan bakal menamatkan zaman bujangnya bersama pemilik butik pengantin, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau mesra dengan panggilan Leuniey pada 28 Disember ini.

Sementara itu, bekas penjaga gol kebangsaan, Mohd. Sharbinee Allawee Ramli tampil mempertahankan prestasi Apek sambil menyifatkan wira Piala Suzuki AFF 2010 itu bakal mengulangi persembahan hebat pada perlawanan kedua ketika menentang Laos malam esok.

“Inilah bola sepak. Kadang-kadang kita menonjol, kadang-kadang tidak.

“Tekanan amat dirasai memandangkan kita tampil sebagai juara bertahan, tambahan pula menjadi tuan rumah kejohanan.

“Jadi, kita sebagai peminat haruslah memberikan semangat bukan sekadar mengkritik tak kena pada tempatnya.

“Jangan mudah menghukum Apek hanya disebabkan satu kesilapan sedangkan sebelum ini dia banyak membantu skuad negara,” ujar Sharbinee yang pernah menjadi mangsa kecaman peminat akibat beberapa kesilapan mudah yang dilakukan.

Khairul Fahmi Che Mat Umum Nikah 28 Disember 2012

Posted by admin | Wednesday, 21 November 2012 | Posted in , ,




Sidang akhbar pengumuman tarikh pernikahan Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan panggilan Apek bersama gadis pilihan hatinya Leuniey natasha telah berlangsung pada tengah hari ini di Hotel Royale Bintang, Damansara.

Apek, yang tidak beraksi pada perlawanan persahabatan bertemu Bangladesh malam tadi dengan sukacitanya mengumumkan yang beliau akan bernikah pada tarikh pada 28 Disember 2012. Upacara akad nikah Apek, 23, dan Leuniey, 22, bakal berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan pada pukul 9 pagi.

Pasangan tersebut turut memilih13 Januari 2013 untuk mengadakan majlis resepsi ketiga di Hotel Royale Bintang, Mutiara Damansara di sini.

Majlis persandingan sebelah perempuan bakal diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember depan dengan konsep Melayu kontemporari.

Manakala resepsi sebelah Apek pula akan berlangsung di kediaman keluarganya di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari 2013.

Walaupun sidang media itu agak sikit lewat kerana Khairul Fahmi dikatakan terpaksa menghadiri satu pertemuan tergempar dengan Jurulatih Pasukan Kebangsaan, K. Rajagopal mengenai perlawanan Ahad ini, ia tetap di tunggu dengan sabar oleh wartawan dan para peminatnya...

Untuk makluman, majlis perkahwinan Apex ini telah diberikan kepada sebuah stesen televisyen swasta tempatan dan dua buah stesen radio swasta.
Majlis nikah dan resepsi Apek di jangka akan disiarkan di Astro Ria, pada Januari nanti.

Apapun, tahniah dari kami..ini adalah langkah yang terpuji...yelah...kalau bercinta lama2 pun x elok..lagi2 dua2 terkenal...

Semoga berbahagia kedua2 pasangan ni yang sama cantik sama padan...
Dan yang penting, terus sukses menjaga gawang negara!

Erk, bersanding atas padang bola ke?hehe...  

Nazmi Faiz tidak ambil SPM pada hari pertama

Posted by admin | Monday, 5 November 2012 | Posted in ,





KUALA LUMPUR - Pemain bola sepak muda sensasi negara, Mohd Nazmi Faiz Mansor, 18, yang dijadual menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, tidak berbuat demikian pada hari pertama peperiksaan itu di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) hari ini.

Perkara itu disahkan Pengetua SSBJ Datuk Marina Chin.

Bagaimanapun, Marina enggan mengulas lanjut.

Usaha Bernama mendapatkan maklum balas daripada Mohd Nazmi Faiz berhubung ketidakhadirannya itu juga gagal.

Nazmi, yang kini beraksi bersama kelab remaja Beira Mar di Portugal, sepatutnya menduduki SPM pada November tahun lepas, namun menangguhkan hasrat itu bagi membantu skuad Harimau Muda menghadapi Sukan SEA Indonesia 2011.

Pengorbanan Mohd Nazmi Faiz berbaloi apabila skuad bawah 23 tahun negara berjaya meraih pingat emas dengan menumpaskan Indonesia pada temasya dwi-tahunan tersebut. - Bernama

Keputusan Penuh Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2012

Posted by admin | Tuesday, 30 October 2012 | Posted in



BERIKUT adakah keputusan Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2012 yang baru diumumkan:

1. Persatuan Bolasepak Terbaik - Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa)

2. Pasukan Kelab Terbaik - Sime Darby FC

3. Kelab Penyokong Terbaik - Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

4. Pengadil Terbaik -Nafeez Abd Wahab

5. Penjaga Gol Terbaik - Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan )

6. Pemain Pertahanan Terbaik - Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak

7. Pemain Tengah Terbaik - Safiq Rahim (Selangor)

8.Penyerang Terbaik - Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan )

9. Pemain Import Terbaik - Marlon Alex James (ATM)

10. Anugerah Khas Bolasepak Kebangsaan 2012 - Allahyarham Tan Sri Abdul Ghani Minhat

11. Anugerah Khas Program Pembangunan Bolasepak Kebangsaan-Kementerian Pelajaran Malaysia

12.Pemain Harapan Terbaik - Rozaimi Abdul Rahman (Selangor)

13.Ketua Jurulatih Terbaik - B. Sathianathan (ATM)

14. Pemain Paling Bernilai (MVP) - Norshahrul Idlan Talaha

Gambar Kad Jemputan Chong Wei-Mew Choo, Kahwin 9 November Ini

Posted by admin | Monday, 22 October 2012 | Posted in ,



Abang Lee Chong Wei, Chong Hoon memegang kad jemputan perkahwinan adiknya yang akan diadakan pada 9 November ini. - Foto THE STAR




Kad jemputan perkahwinan Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mee Choo



KUALA LUMPUR: Majlis perkahwinan wira badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan pasangannya, Wong Mew Choo akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 dan 10 November ini. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua'zam Shah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah antara orang kenamaan yang dijemput. Pengumuman mengenainya dibuat oleh abangnya, Lee Chong Hoon pada sidang media di sini semalam tanpa kehadiran Chong Wei kerana beliau sedang menyertai kejohanan Terbuka Denmark di Odense. -BERNAMA

*******

Wahhh...tahniah berganda2 untuk DLCW...tahniah jadi juara Denmark Open...dan tahniah bakal berkahwin 9 November ni....pssstt..duit kemenangan malam tadi bleh buat belanja kahwin ni....

Papepun semoga DLCW dan WMC berbahagia hendaknya....

Keputusan Penuh Perlumbaan MotoGP Malaysia 2012

Posted by admin | | Posted in




BERIKUT adalah keputusan penuh perlumbaan MotoGP Malaysia 2012 (Pusingan 16) yang berlangsung di Litar Antarbangsa Sepang, Ahad:

MotoGP

1.Dani PEDROSA - Repsol Honda Team 146.8 29'29.049

2.Jorge LORENZO - Yamaha Factory Racing 146.5 +3.774

3.Casey STONER - Repsol Honda Team 146.2 +7.144

4.Nicky HAYDEN - Ducati Team 145.9 +10.518

5.Valentino ROSSI - Ducati Team 145.4 +16.759

6.Alvaro BAUTISTA -San Carlo Honda Gresini 145.4 +17.276

7.Hector BARBERA- Pramac Racing Team 142.7 +50.282

8. Aleix ESPARGARO- Power Electronics 142.6 +51.585

9.James ELLISON - Paul Bird Motorsport 142.2 +56.676

10. Karel ABRAHAM - Cardion AB Motoracing 142.1 +57.622

11.Danilo PETRUCCI - ICame IodaRacing Project 141.7 +1'02.805

12.Michele PIRRO- San Carlo Honda Gresini 141.7 +1'02.891

13.Andrea DOVIZIOSO- Monster Yamaha Tech 3139.7 +1'28.989

MOTO2

1.Alex DE ANGELIS -NGM Mobile Forward Racing 135.1 36'57.793

2.Anthony WEST- QMMF Racing Team 135.0 +0.710

3.Gino REA - Federal Oil Gresini Moto2 135.0 +1.363

4.Hafizh SYAHRIN - Petronas Raceline Malaysia 134.9 +2.941

5.Julian SIMON - Blusens Avintia 134.6 +7.583

6.Andrea IANNONE -Speed Master 134.5 +10.062

7.Mika KALLIO - Marc VDS Racing Team 133.7 +23.078

8.Bradley SMITH - Tech 3 Racing Tech 3 133.5 +26.957

9.Dominique AEGERTER - Technomag-CIP 133.3 +30.063

10.Esteve RABAT - Tuenti Movil HP 40 133.2 +31.514

MOTO3

1.Sandro CORTESE - Red Bull KTM Ajo 146.5 40'54.123

2.Zulfahmi KHAIRUDDIN- AirAsia-Sic-Ajo 146.5 +0.028

3.Jonas FOLGER - Mapfre Aspar Team Moto3 146.5 +0.247

4.Luis SALOM -RW Racing GP 146.0 +8.503

5.Miguel OLIVEIRA - Estrella Galicia 0,0 146.0 +8.674

6.Danny KENT - Red Bull KTM Ajo KTM 145.9 +9.335

7.Alex RINS - Estrella Galicia 0,0 145.4 +18.973

8.Efren VAZQUEZ - JHK t-shirt Laglisse 145.0 +25.419

9.Niklas AJO - TT Motion Events Racing 144.7 +30.714

10.Adrian MARTIN-JHK t-shirt Laglisse 144.7 +30.763

Perlawanan Persahabatan, Malaysia Tewaskan HongKong 3-0

Posted by admin | Wednesday, 17 October 2012 | Posted in





KUALA LUMPUR – Pasukan bolasepak kebangsaan mencatatkan kemenangan selesa 3-0 ke atas Hong Kong pada perlawanan persahabatan di Stadium Mongkok, Hong Kong, malam tadi.
Dalam perlawanan yang disiarkan di Astro Arena itu, skuad Harimau Malaya berpeluang untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-37 menerusi pemain Negeri Sembilan, S.Kunanlan namun sepakannya terkena tiang gol pasukan tuan rumah.
Tiga minit kemudian, cubaan pemain tengah negara dari Kedah, Baddrol Bakhtiar ditepis keluar oleh penjaga gol Hong Kong, Yapp Hung Fai.
Pada separuh masa kedua, skuad negara mengubah rentak permainan dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu Hong Kong dan hasilnya, penyerang negara yang bermain dengan kelab Pelita Jaya di Indonesia, Mohd Safee Sali membuka tirai jaringan pada minit ke-59.
Gol tersebut berpunca daripada hantaran Kunanlan kepada Mohd Safee yang berjaya memperdaya dua pertahanan pasukan tuan rumah sebelum melepaskan rembatan kencang untuk menewaskan Hung Fai.
Safiq Rahim menggandakan kedudukan untuk skuad Harimau Malaya pada minit ke-81 menerusi sepakan percuma yang cantik dari luar kotak penalti pasukan Hong Kong.
Ahmad Fakri Saarani dengan bergaya melengkapkan kemenangan bergaya skuad Harimau Malaya dengan gol ketiga pada masa kecederaan.
Untuk rekod, kedua-dua pasukan pernah bertemu tahun lepas yang menyaksikan skuad kebangsaan mencatat kemenangan 2-0 ke atas Hong Kong di Kuala Lumpur pada Feb 2011 sebelum terikat seri 1-1 pada perlawanan ulangan di Kowloon pada Jun.
Kemenangan ini sedikit sebanyak berjaya menutup rasa kecewa selepas kekalahan Malaysia dalam satu lagi perlawanan persahabatan sebelum ini bertemu Vietnam.

Live Streaming Selangor Vs Kelantan Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia

Posted by admin | Friday, 12 October 2012 | Posted in ,







Saksikan Live streaming pertemuan hebat separuh akhir kedua  kempen Piala Malaysia 2012 
di antara  SELANGOR vs KELANTAN di sini....

Sepak mula 8:45 malam

Selamat menonton!

#Tertakluk pada perubahan.











ATM Mara Ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 20 Okt Ini

Posted by admin | | Posted in



KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) layak ke final Piala Malaysia 2012 apabila mengalahkan Lions XII dari Singapura 5-4 menerusi sepakan penalti pada perlawanan separuh akhir kedua di sini, malam Khamis.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan. Pada perlawanan separuh akhir pertama minggu lepas, kedua-dua pasukan tersebut terikat 1-1. BERNAMA

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter