Headlines
Published On:Monday 13 August 2012
Posted by admin

Ibu Hans Isaac Meninggal Dunia




Ibu kepada pelakon-pengarah Hans Isaac, Carmina Anciano Isaac, 74, telah meninggal dunia kira-kira jam 8.35 pagi tadi, di rumahnya yang terletak di Taman Tun Abdul Razak, Ampang.

Perkara ini dikongsi sendiri oleh Pengarah Urusan Tall Order Production Sdn Bhd itu, di laman Twitternya sebentar tadi.




Rakan baiknya Awie, yang juga dihubungi sebentar tadi, memberitahu dia menerima berita tersebut 8.40 pagi tadi setelah diberitahu oleh Datuk Yasmin Yusof.

Menurut wakil Tall Order Production Sdn Bhd, jenazah mendiang akan dibawa ke gereja St. John, Bukit Nanas pada hari Rabu, jam 10.30 pagi bagi penghormatan terakhir.

Update status fb oleh Afdlin Shauki


Kemudian upacara pembakaran jenazah akan dibuat di krematirium dan upacara menabur abu akan dilaksanakan pada hari Khamis ini.

Ibu Hans sudah dua tahun menderita akibat penyakit barah di tahap empat. Hans merupakan anak tunggal dan sangat rapat dengan ibunya. 

Baru-baru ini MD ada mengeluarkan sebuah artikel mengenai Hans yang sanggup mengurangkan aktiviti seninya semata-mata mahu menjaga serta meluangkan masa bersama ibunya yang sedang sakit.

Takziah daripada kami untuk Hans sekeluarga.






========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 15:25. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 15:25. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter