Headlines
Published On:Thursday 30 August 2012
Posted by admin

Asraruddin Putra Omar Di Minati Kelab Sepanyol!





Wah, nama pemain2 Malaysia semakin menggamit perhatian kelab2 luar negara...

Yang terbaru, pemain kebangsaan dan Selangor, Asraruddin Putra Omar di katakan mendapat perhatian 2 kelab Sepanyol....

Baca berita ini...



Setelah Nazmi Faiz menyertai kelab Portugal, SC Beira-Mar pada Mei lepas, kelibat pemain negara terus meraih perhatian kelab antarabangsa dengan terbaru pertahanan kiri Harimau Malaya dan Selangor, Asraruddin Putra Omar mungkin mengikut jejak Nazmi bermain bersama kelab eropah.



Asraruddin Putra Omar, 24, dilaporkan menjadi perhatian dua kelab eropah iaitu Internacional FC dari Liga Primera Regional (Divisyen Lima Sepanyol), yang berpusat di Santander. Kelab berkenaan telah menyatakan minat secara rasmi terhadap kemampuan Asraruddin kepada Selangor. Menurut Ketua Pegawai Operasi Urban Bash Sport Management, Faliq Firdaus rundingan terhadap Asraruddin masih pada peringkat awal kerana kelab Internacional hanya baru bertanyakan harga serta soal gaji yang boleh ditawarkan.
Sebuah lagi kelab yang berminat terhadap pemain itu ialah dari Liga Segunda (Divisyen Dua Portugal), OS Belenenses. Namun kelab berkenaan masih belum ada tawaran secara rasmi dikemukakan setakat hari ini dari kelab Portugal berkenaan. Setakat ini belum ada sebarang perbincangan serius di antara kedua-dua pihak dan masih terlalu awal untuk mengatakan Asraruddin Putra Omar akan menerima tawaran berkenaan.

Papepun jika berjaya, ini adalah peluang terbaik untuk Asrar mengembangkan sayapnya di negara luar...ambik jangan x amibik peluang ni ya! 

Begitupun ketika ini Asrar masih belum di turunkan dalam first eleven  dalam pasukan Selangor kerana di belenggu kecederaan....


Selamat berjaya Asra!

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 09:53. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 09:53. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter