Published On:Monday, 5 November 2012
Posted by admin
Jaafar Onn Dapat Hadiah Kek KEMALUAN Lelaki!!
Alahai..entah apa salahnya Jaafar Onn ni....sampai ada yang dengki....
Baca ni...
APALAH salah Jaafar Onn sehingga dia diberikan kek yang dihiasi dengan imej kemaluan lelaki. Kalau tak suka dengan dia pun, SS rasa tak perlulah sampai buat macam itu.
SS dapat tahu Jaafar sangat terkejut dan sedih apabila melihat kek itu. Andai kata si pengirim mahu bergurau pun, bukan itu caranya dan Jaafar pun bukan muda lagi untuk menerima gurauan seperti itu. Ada banyak cara lain kalau nak bergurau pun.
Kelmarin dan semalam Jaafar berada di Segamat, Johor menjayakan Karnival Sihat anjuran Kementerian Kesihatan dan kek itu dikirim di tapak karnival itu. Terus Jaafar meluahkan rasa kesal dan sedihnya dalam facebook dan siap dia ‘upload’ gambar kek itu.
SS yang penggemar kek pun rasa ‘geli’ melihat kek itu, apatah lagi Jaafar yang menerimanya. Jaafar membuang kek itu kerana kalau dimakan nanti entah apa pula jadi padanya. SS harap Jaafar bersabarlah kerana ramai lagi yang sayangkan Jaafar yang dikenali dengan sifat pemurahnya kepada sesiapa saja.
Tak perlulah kita menyumpah seranah si pengirim itu kerana Allah SWT lebih tahu balasan yang patut diterimanya. Menjatuhkan maruah orang, hukumnya haram jadi kepada si pengirim bawalah bertaubat. Jangan selepas ini dijadikan hobi mengirim hadiah lucah kepada sesiapa yang dia suka.
******
P/s: Suka wataknya dalam drama cili padi dulu...
========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI
========================================================================







