Headlines
Published On:Monday, 22 October 2012
Posted by admin

Pegawai Kanan Polis Ditukar Atas Dakwaan Punya Hubungan Sulit



JOHOR BARU: Seorang pegawai kanan polis yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri anggotanya telah ditukar daripada ibu pejabat polis kontigen Johor.

Menurut sumber, pegawai yang mempunyai pangkat Asisten Komisioner itu ditukarkan sementara menanti tindakan disiplin yang akan dikenakan terhadapnya daripada Bukit Aman.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Johor, Senior Asisten Komisioner Datuk Ismail Yatim mengesahkan kes berkenaan bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan.

Sebelum ini akhbar The Star pada 16 Oktober lalu melaporkan seorang anggota polis berpangkat konstabel membuat laporan polis di Melaka terhadap pegawai atasannya kerana didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

Lebih mengukuhkan dakwaan tersebut apabila beliau telah mengekori isterinya pada 13 Oktober di sebuah resort di Ayer Keroh dimana mangsa mengaku menemui pegawai polis tersebut namun menafikan dakwaan dia tidur dengan lelaki berkenaan.

Konstable itu kemudiannya membuat laporan polis di Johor Baru beberapa bulan dahulu terhadap pegawai polis yang sama atas alasan serupa.

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 10:57. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 10:57. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter