Published On:Saturday, 20 October 2012
Posted by admin
Mr Os Masuk Wad, Saluran Jantung Tersumbat
Mr Os, pelawak otai yang x perlu di perkenalkan lagi....membuat penampilan kembali dalam dunia komedi setelah lama agak menyepi dan tuahnya menjadi apabila di nobatkan sebagai juara Maharajalawak mega terbitan astro bersama seorang lagi pelawak otai, Abon.
Namun baru2 ni beliau di katakan telah dimasukkan ke Hospital Serdang kira-kira 9.00 pagi semalam akibat saluran jantung tersumbat.
Menurut Mr. Os atau pemilik nama sebenar Mohd Yusof Abdul Hamid, 51, niatnya dia pergi berjumpa doktor untuk memeriksa masalah tekak yang dihadapinya namun sebaliknya pula yang terjadi selepas menerima pemeriksaan lanjut.
“Setelah doktor membuat pemeriksaan dengan lebih lanjut, saluran jantung saya disahkan tersumbat”
“Alhamdulillah kini saya berada dalam keadaan sihat dan jika tidak ada apa-apa masalah saya dibenarkan pulang pada hari esok,” katanya dalam nada bertenaga.
Dalam pada itu, Mr Os sempat juga itu mengucapkan terima kasih kepada seluruh pihak hospital kerana memberikan layanan yang terbaik.
*****
Get well soon bro....semoga sihat2 saja ya...
========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI
========================================================================







