Headlines
Published On:Thursday, 18 October 2012
Posted by admin

Johan dan Nabila Kemalangan, Kereta Tergelincir..





Johan As’ari dan Nabila Huda di beritakan telah mengalami kemalangan kereta ketika menuju ke Damansara untuk menghadiri Majlis Anugerah Skrin 2012.


Menurut sumber, mereka baru saja habis penggambaran dan terus ke Damansara dan ketika di Pencahala Link secara tiba2 kereta yang di pandu Johan tergelincir..


“Pada waktu kejadian , biasalah, kami sedang ‘excited’ untuk menuju ke sini (Hotel Royal Bintang). Namun disebabkan hujan, jalan menjadi licin dan secara tiba-tiba, kereta yang dipandu Johan tergelincir,” jelas Nabila mengenai kejadian tersebut.


Begitupun pun, kedua-duanya tidak mengalami apa-apa kecederaan dan cuma terkejut selepas kejadian yang berlaku.


Di laporkan juga bahagian sebelah kiri kereta Johan mengalami kerosakan yang teruk.

“Saya masih lagi terkejut dengan perkara yang berlaku dan ini merupakan kali pertama saya dan juga Johan mengalami kemalangan kereta,” tambah Nabila lagi.

Sementara itu, Nabila sempat juga menafikan bahawa dia dan Johan telah putus cinta dan menegaskan mereka berdua hanya berkawan baik sahaja.

“Saya hairan, macam mana boleh timbul cerita putus sedangkan kami berdua hanya berkawan? Masalah dengan keluarganya juga tidak pernah timbul dan tak logik,” tegas Nabila.

“Macam mana boleh kena ‘reject’ dengan keluarga Johan sedangkan saya sendiri tidak pernah bertemu mereka?”

Nabila kesal dengan khabar angin yang tersebar dan meminta agar orang berhenti bercerita perkara negatif terhadap dirinya.

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 20:07. Filed under , . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 20:07. Filed under , . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter