Published On:Wednesday, 10 October 2012
Posted by admin
Isu Gambar , Erin Tak Puas Hati Kena Kritik
Setelah isu tindik lidah dan bertatu yang pernah kecoh sedikit masa dulu, kini nama Erin Malek kembali panas setelah gambar terbarunya di Instagram yang dimuat naik olehnya 2 hari lalu menerima kritikan pelbagai pihak baru-baru ini.
Gambar itu tertulis..
“selamat malam untuk saya dan selamat pagi untuk semua @walidwahid.”
Ada pihak mendakwa, walaupun gambar tersebut adalah untuk tatapan umum, tetapi kata-katanya yang ditulis ditujukan kepada kekasihnya, Walid.
So, apa respon tuan punya badan...
Ini jawapannya...
"Tak adil kritik saya, bukan gambar bogel pun”
Bercakap kepada wartawan,
“gambar itu saya tujukan untuk semua.
“Tetapi tidak pasal-pasal dikatakan itu adalah untuk kekasih saya. Kalau dilihatkan gambar-gambar saya sebelum ini, memang saya selalu ‘mention’ nama teman lelaki saya tetapi berlainan apabila gambar ini dijadikan isu pula,” katanya.
Pelakon yang meningkat naik menerusi filem Tentang Bulan turut berkata kenapa isu itu dibangkitkan sedangkan ramai lagi selebriti yang pernah memuat naik gambar yang lebih teruk daripadanya.
“Saya tidak faham kenapa isu ini seperti sengaja dibesar-besarkan sedangkan ramai lagi artis yang bergambar lebih teruk dan saya rasa ‘its not fair’.
“Bagi saya benda ini ‘its nothing’, bukannya dalam gambar itu saya pakai bra ataupun gambar bogel pun,” katanya lagi.
Erin Malik atau nama sebenarnya Nur’ Arina Abdul Malek, 18, juga menyatakan dia tidak pernah membaca segala komen atau kritikan yang dilemparkan terhadapnya melalui gambar terbabit.
“Saya memang tidak baca segala komen yang diberikan kerana macamlah saya ini jahat sangat dan daripada saya sakit hati baca, baik saya tidak baca terus,” katanya.
Ketika ditanya adakah selepas ini dia akan lebih berhati-hati memuat naik gambarnya pada masa akan datang, Erin menjelaskan,
“saya akan fikir panjang dulu sebelum nak ‘post’ apa-apa selepas ini dan bila jadi isu macam ini, saya rasa macam malas nak ‘post’ apa-apa gambar dalam instagram saya.”
******
Heh, telan air liur.
========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI
========================================================================







