Headlines
Published On:Tuesday, 23 October 2012
Posted by admin

Gaji minimum Tukang Cuci di Singapura dinaikkan pada RM2,500



SINGAPURA: Struktur gaji baru yang diusulkan untuk tukang cuci, dengan SG$1,000 (RM 2,497) ditetapkan sebagai permulaan gaji pokok bulanan.

Tindakan yang tidak pernah dibuat sebelum ini oleh pegawai kesatuan sekerja, syarikat pembersihan dan kerajaan itu akan menaikkan bayaran gaji tukang cuci sebanyak 23%. Pada masa ini, bayaran gaji kasar bulanan pencuci pejabat hanyalah RM2,035 sebulan, menurut Kementerian Tenaga Buruh Singapura. Panduan asas bayaran turut menetapkan gaji yang tinggi untuk tukang cuci yang melakukan kerja lebih sukar lagi, menjamin bayaran minimum mereka patut dibayar.

Panduan asas pembayaran gaji yang diusulkan ini diumumkan Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Nasional (NTUC), Heng Chee How yang bertindak selaku pengerusinya dalam satu acara yang berlangsung semalam.

Menurutnya, sementara tanda aras bayaran gaji ini hanya satu bentuk pembayaran indikatif, dia berharap syarikat akan melaksanakannya.

NTUC telah berjuang untuk menaikkan bayaran gaji dalam sektor pembersihan berikutan ia tidak meningkat sejajar dengan pertumbuhan ekonomi Singapura. Tukang cuci adalah pekerja kedua paling rendah bayaran gajinya di Singapura, memperoleh lebih banyak daripada pekerja cuci kereta yang mendapat RM1,872 sebulan. Mengikut panduan asas diusulkan, tukang cuci dikategorikan kepada tiga kumpulan: Mereka yang membersihkan pejabat, estet perumahan dan pusat penjaja atau medan selera. – Straits Times

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 14:28. Filed under , . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 14:28. Filed under , . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter