Headlines
Published On:Friday, 19 October 2012
Posted by admin

Anak Di Cekik Selepas Bersalin



DUBAI – Polis Emiriah Arab Bersatu semalam telah melancarkan gerakan mencari seorang wanita yang mereka dipercaya melahirkan anak dan kemudian mencekiknya di sebuah tandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, sebelum meninggalkan negara tersebut dengan menaiki pesawat.

Wanita tersebut dikenal pasti menerusi rakaman kamera keselamatan setelah mayat bayi itu ditemui dalam tong sampah di Terminal Satu lapangan terbang berkenaan. Dia didakwa memutuskan tali pusat bayi lelakinya dengan tangan serta menjerut anaknya itu dengan kain sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.



Bayi itu ditemui setelah seorang penumpang wanita memaklumkan kepada seorang pekerja lapangan terbang mengenai darah yang terdapat dalam di tandas.

Kesan darah itu telah membawa pekerja berkenaan ke tong sampah tempat mayat bayi tersebut ditemui dalam keadaan berlumuran darah, bersama-sama dengan tali pusatnya yang dibungkus dalam beg plastik.

Bayi itu dikatakan masih bernafas tapi pasukan perubatan serta sukarelawan gagal menyelamatkannya.

Media tempatan melaporkan, pihak berkuasa sedang berusaha mendapatkan bantuan Interpol bagi mengesan dan mengekstradisi wanita yang disyaki warga Habsyah yang berusia 30-an itu.

Media lain melaporkan wanita itu berketurunan Afrika. Jika ditangkap, dia berdepan tuduhan membunuh dengan niat.

Melahirkan anak tanpa berkahwin adalah salu kesalahan besar di Emiriah.

Hingga kini tidak dapat dipastikan sama ada wanita tersebut penduduk Dubai. Bagaimana pun, polis mengesyaki dia hamil akibat hubungan haram hingga mendorongnya bagi membunuh bayi itu.


========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 09:16. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 09:16. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter