Headlines
Published On:Thursday 20 September 2012
Posted by admin

Vodka Tertulis Kalimah ‘Allah’ Cetus Kemarahan


Lagi penghinaan terhadap Islam..kali membabitkan arak. 


Salah sebuah pengeluar vodka terbesar di Kazakhstan,Goem, baru-baru ini mencetus kemarahan umat Islam di negara itu apabila meletakkan label tertulis kalimah ‘Allah’ pada salah satu produk minuman kerasnya.

Pembalut plastik pada penutup botol vodka Baiterek itu tertera kalimah ‘Allah’ dengan menggunakan slogan ‘Kekuatan Allah Cukup Untuk Semua Orang’.

Beberapa pemimpin Islam, ulama dan masyarakat muslim di negara itu telah mengadakan demontrasi selama lebih seminggu sambil mengutuk tindakan syarikat yang tidak bertanggungjawab mencemar nama ‘Allah’ itu.







“Sekiranya mereka yang melakukan perkara ini mahu selamat, mereka perlu meminta maaf dan bertaubat segera.

“Allah melarang minuman beralkohol dan perbuatan ini adalah satu penghinaan kepadaNya,” kata salah seorang ulama, Bekzat Boranbai, yang dipetik dari stesen penyiaran negara itu, KTK Televisyen.

Menurut fahaman penganut Kristian yang menggemari minuman keras di negara itu, kalimah ‘Tuhan’ merujuk kepada ‘Allah’ dan ia menjustifikasikan penggunaan kalimah itu pada pembalut botol vodka tersebut.




========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 21:48. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 21:48. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter