Headlines
Published On:Wednesday 12 September 2012
Posted by admin

TERKINI: Kereta Zed Zaidi Dicuri Depan Rumah



Ahh sudah...musim artis kena rompak dan curi...terbaru Zed Zaidi telah hilang keretanya di depan rumah?? laa..depan rumah je...macm tulah pencuri sekarang..semakin pandai dan licik...
Sentiasa update teknik dan skill! cheh!

Kesian Zed Zaidi..harap keretanya dapat di jumpai balik....

Baca berita ni....




Pelakon yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi kehilangan kereta kedua kesayangan dipercayai dicuri dalam kejadian di Kondominium Perdana View, Damansara Perdana di sini, petang Selasa.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil,32, berkata, dia menyedari kehilangan kereta itu ketika pulang dari sebuah pusat beli-belah dekat sini bersama isteri, Natalia Mustafa Kamil, 29, dan anak mereka Ryan Ziqry yang baru berusia dua bulan.

“Semasa pulang bersama keluarga, saya mahu melihat kereta kedua saya sebelum masuk ke kondominium dan mendapati ia hilang sedangkan kuncinya berada dalam simpanan isteri saya.

“Ia diletakkan di tempat letak kereta luar kondominium kerana pihak pengurusan kediaman hanya membenarkan sebuah kereta pemilik sahaja boleh diletakkan dalam kawasan tempat tinggal,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Rabu.

Zed yang enggan memberitahu jenis kereta itu berkata, ia merupakan kejadian kedua selepas kehilangan sebuah kereta Toyota pada tahun 2007.

Dia turut kecewa kerana alat pengesan yang dipasangnya dalam kereta itu tidak berfungsi selain beranggapan penjenayah berkenaan mempunyai kepakaran dalam mencuri kenderaan.

“Saya menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika meletak kenderaan masing-masing agar kejadian seperti ini tidak berlaku,” ujarnya.

Berikutan kejadian itu isterinya telah membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara di sini, malam Selasa.


========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 15:41. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 15:41. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter