Headlines
Published On:Saturday 22 September 2012
Posted by admin

Tengkorak Dan Anggota badan dikerat milik warga emas yang hilang

Ia berkaitan dengan berita yang pernah kami siarkan sebelum ini...




Dan hari ini isteri kepada mangsa menerima khabar yang sangat menyedihkan....


Anggota badan dikerat milik warga emas yang hilang


PEKAN — Polis mengesahkan tengkorak dan anggota badan yang dijumpai dalam keadaan dikerat di kawasan paya bakau dekat Sungai Miang, di sini semalam, adalah warga emas yang dilapor hilang 15 September lepas.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt. Yahaya Othman berkata, hasil siasatan polis dan laporan pakar forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) mendapati anggota badan dan tengkorak yang dijumpai kira-kira pukul 5 petang semalam adalah Sh. Othman Sh. Bakar, 72.

"Hasil siasatan terhadap dua suspek yang ditangkap bagi membantu siasatan kes ini membawa kepada penemuan beberapa anggota badan mangsa di KM 15 Kampung Sungai Miang, dekat sini, semalam.

"Polis yang meneruskan pencarian sebahagian lagi anggota badan mangsa hari ini turut menemui beberapa lagi barangan milik mangsa iaitu kopiah dan cermin mata," katanya kepada pemberita di sini hari ini. — BERNAMA

*********

Ya Allah..apa dosa warga emas terbabit...sampai di kerat2 ?

Apa nak jadi Malaysia ni?

Semoga orang yang bertanggungjawab dapat di hadapkan ke muka pengadilan...

Al fatihah untuk mangsa....


========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 22:46. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 22:46. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter