Headlines
Published On:Tuesday 18 September 2012
Posted by admin

Syafiq Mahu Terbitkan Filem Dato’ Lee Chong Wei





KUALA LUMPUR : Pengarah termuda Malaysia, Syafiq Yusof, 19, mengakui mempunyai idea untuk menerbitkan filem mengenai kisah hidup pemain utama badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei.

Kata Syafiq yang juga merupakan anak kepada pengarah terkenal negara, Datuk Yusof Haslam di portal Malaysian Digest, dia mahu menerbitkan filem biografi yang banyak menekankan aspek cabaran dan penat lelah Chong Wei untuk berjuang menjadi atlit negara.

Malah, usaha gigih Chong Wei yang memulakan minatnya dalam sukan badminton sejak kecil lagi akan ditampilkan sehingga berjaya menguasai gelanggang sukan itu sekarang ini.

Cuma, kata Syafiq, itu hanyalah idea yang masih lagi difikirkan dan belum lagi difikirkan secara serius.

“Memang pernah terfikir nak buat tentang tokoh sukan. Idea nak buat fasal Datuk Lee Chong Wei pernah ada tapi saya belum berfikir secara serius lagi,” kata Shafiq.

Berpendapat yang kisah hidup Chong Wei mampu menarik perhatian umum, Syafiq juga tidak teragak-agak mengatakan filem atlit negara itu dapat menyentuh hati ramai pihak sekiranya berjaya dihasilkan.

“Saya rasa kalau nak buat satu filem apatahlagi berkonsep biografi, tidak semestinya tokoh yang dipilih harus mempunyai profil kejayaan paling tinggi.

“Tapi saya rasa kalau figura itu berjaya menyentuh hati kita ianya pasti menarik, sepertimana Chong Wei yang telah berjaya menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia tidak kira tua atau yang muda,” katanya.

Syafiq mengikut jejak langkah abangnya, Syamsul Yusof dengan menceburi dunia pengarahan di usia yang muda lagi.

Filem pertama di bawah arahannya adalah Saya Amat Mencintaimi (S.A.M) yang menampilkan Shaheizy Sam dan Lisa Surihani selaku pelakon utama.

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 16:28. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 16:28. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter