Headlines
Published On:Sunday 2 September 2012
Posted by admin

Safee Sali simpati nasib Muslim, Ismail




PENYERANG kebangsaan, Mohd. Safee Mohd. Sali berharap sebuah persatuan pemain bola sepak profesional diwujudkan bagi membantu, menjaga kebajikan dan memastikan hak pemain dapat dibela sekiranya mereka menghadapi masalah.

Pemain kelab Indonesia, Pelita Jaya FC itu berkata, bola sepak negara sedang mengalami transformasi dan pemain turut mengalami tempiasnya

Keadaan itu memerlukan satu pihak yang profesional serta aktif untuk melindungi para pemain.

"Contohnya, situasi yang dialami dua pemain Terengganu iaitu Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi. Betapa perlunya persatuan pemain bola sepak profesional di negara ini ditubuhkan. Kewujudan persatuan tersebut dapat menangani masalah yang dihadapi oleh pemain dengan sewajarnya.

"Saya amat simpati dengan keadaan yang dialami kedua-dua rakan saya itu, hingga diaibkan sampai begitu sekali," katanya pada majlis sambutan Hari Raya SYM (Sanyang Motor) Bersama Safee Sali di kilang syarikat permotoran terbabit di Alma, Bukit Mertajam semalam.

Bekas pemain Selangor, Kuala Lumpur dan Sarawak itu mengulas mengenai nasib dua tonggak Terengganu tersebut yang didakwa jurulatih, Peter Butler bahawa mereka membawa wanita ke bilik hotel di Alor Setar pada awal pagi hari perlawanan Kumpulan B Piala Malaysia Terengganu menentang Kedah, Selasa lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua pemain itu menfikan tuduhan tersebut dan menganggap sebagai satu fitnah yang dilemparkan kepada mereka serta bercadang mengambil tindakan undang-undang.

Safee yang juga Duta SYM berkata, pemain bola sepak negara ini amat memerlukan satu pihak yang dapat bertindak melindungi mereka seperti yang dilakukan oleh pemain di Indonesia.

Katanya, persatuan pemain bola sepak di republik itu begitu aktif dalam menjaga dan memberi panduan kepada pemain mereka.

"Bermacam hal dalam melindungi pemain dilakukan persatuan mereka hingga ke soal gaji turut dipantau, hingga ada yang merujuknya ke Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)," katanya.

Sementara itu, Safee berkata, fenomena pihak industri semakin banyak memilih pemain bola sepak sebagai ikon produk mereka juga memerlukan satu anjakan daripada pemain itu sendiri.

Katanya pemain bola sepak atau atlet harus lebih berpengetahuan supaya tidak mudah diperdayakan dan diambil kesempatan terhadap populariti yang dipergunakan ke atas mereka.

"Mereka (pemain bola sepak dan atlet) perlu lebih peka dan memahami prosedur sebelum bersetuju atau menandatangani sebarang kontrak bersama syarikat yang ada," katanya.

Beliau berkata, mereka juga seharusnya bertindak secara profesional dengan melantik mana-mana pihak yang lebih berpengetahuan untuk menguruskan karier kerana pendapatan tidak hanya datang dari arena sukan sahaja. - Bernama

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 09:28. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 09:28. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter