Headlines
Published On:Saturday 22 September 2012
Posted by admin

Penemuan tengkorak gemparkan penduduk!









PEKAN - Penduduk di Kampung Sungai Miang gempar dengan penemuan tengkorak dan beberapa bahagian badan manusia dalam satu kawasan hutan di kampung itu.

Penemuan mayat berkenaan menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanda tanya sama ada kejadian itu ada kaitan dengan kes kehilangan seorang warga emas sejak 15 September lalu.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan berkenaan serta kaitan kes itu dengan kehilangan warga emas tersebut.

"Siasatan bagaimanapun masih dijalankan bagi mengenal pasti identiti pemilik sebenar tengkorak berkenaan.








"Bantuan pasukan forensik digunakan bagi menjalankan siasatan lanjut di kawasan penemuan bagi membantu siasatan," katanya.

Sinar Harian hari ini melaporkan, seorang warga emas dikatakan tidak pulang ke rumah seperti biasa dari premis menjual alat binaan di Taman Indah, Peramu Jaya 1, sejak 15 September lalu selepas dikatakan ke bandar atas urusan perniagaan bersama individu tidak dikenali.



Susulan kehilangannya, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan pada hari kejadian.


Sumber: Sinarharian

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 02:20. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 02:20. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter