Headlines
Published On:Friday 14 September 2012
Posted by admin

Inilah Filem Warna Pertama Ditayangkan




Filem terawal di dunia yang dirakam dalam versi warna sekitar tahun 1906 ditayangkan semula oleh beberapa aktivis filem di Muzium Sains London di sini semalam.

Tayangan tersebut membolehkan penonton mengimbau usaha industri filem memajukan filem warna sehingga mencapai tahap yang kita lihat sekarang.

Filem kabur tersebut merupakan prototaip filem warna dan hanya ditonton oleh segelintir peminat sahaja sebelum ia diserahkan kepada sebuah arkib.


Namun pihak Muzium Media Nasional di bandar Bradford, utara England menyatakan, teknologi digital telah dapat menyelamatkan filem tersebut.

Filem yang ditayangkan di Muzium Sains itu secara purata berdurasi dari 5 hingga 40 saat. Filem itu memaparkan babak seekor burung kakak tua, latar belakang sebuah jalan di sini dan tiga kanak-kanak tersenyum sambil duduk di sebuah meja bulat.

“Tiada sesiapa pun yang pernah melihatnya (filem berwarna pertama) sehingga ke hari ini,” kata kurator sinematografi Muzium Media, Michael Harvey.

Filem itu sedikit tersentak-sentak namun mempunyai kualiti yang baik.

Menurut Harvey, seorang usahawan filem Amerika Syarikat era 1930-an, Charles Urban menyerahkan filem pendek berwarna itu kepada Muzium Sains London dengan filem itu diserahkan pula kepada Muzium Media Nasional empat tahun kemudian. – AP

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 15:24. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 15:24. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter