Headlines
Published On:Friday 14 September 2012
Posted by admin

[GAMBAR} Majlis Santapan Di Raja Putera William dan Catherine di Malaysia



Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah menerima menghadap Duke dan Duchess of Cambridge di Istana Negara di sini malam Khamis.

Pasangan diraja Britain itu kemudian diraikan dalam majlis santapan dirajasempena lawatan empat hari ke Malaysia bagi pihak Ratu Elizabeth II, sempenasambutan 60 tahun pemerintahan baginda.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut menghadiri majlis itu.

Selain itu, majlis itu turut dihadiri Menteri Penerangan Komunikasi danKebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, anggota Jemaah Menteri, perwakilan asingdan kenamaan lain.

Pada majlis itu, Duke dan Duchess of Cambridge dipersembahkan denganpelbagai persembahan kebudayaan, termasuk oleh kanak-kanak daripada Permata SeniNegara.

Putera William dan Catherine dijangka menghadiri persembahan kebudayaan khasyang akan diadakan di Taman Kuala Lumpur City Centre esok pagi, sebelum berlepaske Sabah untuk lawatan dua hari.

Pasangan diraja itu akan menamatkan lawatan ke Malaysia selepas mengunjungiLembah Danum, sebuah hutan hujan utama di Sabah.

Mereka berdua dijadual berlepas ke Kepulauan Solomon pada Ahad, untukmeneruskan lawatan sembilan hari ke negara Asia Tenggara dan Asia Pasifik. BERNAMA

Gambar dari sumber:































































p/s: Putera William dan Catherine xnak try makan deghoyan ke??

ehehe  ;D

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 01:56. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 01:56. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter