Headlines
Published On:Saturday 15 September 2012
Posted by admin

Barbeku Meletup Di Majlis Aidilfitri!




SAKIT...Muhammad Azreen yang parah menerima rawatan di PPUKM.



MAJLIS AIDILFITRI.

Dah hujung2 Syawal, sambutan rumah terbuka masih meriah...

Boleh katakan ada saja undangan terutama hujung minggu...

Namun dalam keriangan dan keseronokan bertandang ke rumah terbuka...berkumpul..beramah mesra sesama kenalan.....

Ada sesuatu yang boleh berlaku jika tidak berhati2....

Kadang2 kita x jangka...inilah yang di namakan nasib...

Malang pula x berbau...kalau berbau senang....  ;)

********************


Lima pelajar sebuah sekolah menengah di Taman Mulia, Bandar Tun Razak, Cheras di sini, pagi semalam melecur teruk selepas berlaku letupan ketika mereka sedang berbarbeku sempena majlis rumah terbuka Adilfitri di sekolah berkenaan kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

Mangsa membabitkan pelajar tingkatan empat dan seorang tingkatan lima dan empat daripada mangsa parah akibat melecur 25 hingga 45 peratus dari paras pinggang hingga muka.


Menurut seorang daripada mangsa, Mohd Hidayad Mohd Yazid, 16; ketika kejadian dia bersama kira-kira 20 rakan lain sedang memerhati seorang guru mencurahkan cecair pelarut ke dalam api, apabila secara tiba-tiba berlaku letupan kuat serta api menyambar kami semua yang berada di sekeliling alat barbeku.

"Baju melayu saya terbakar pada bahagian seluar dan lengan, saya kemudian terus menanggalkan seluar dengan bantuan rakan.



"Selepas kejadian, guru yang mencurah cecair itu menghantar saya dan seorang rakan yang parah, Muhammad Azreen Rahim, 16, ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.



Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu daripada pihak keluarga pelajar yang cedera.

Menurutnya, setakat ini kes berkenaan tiada unsur jenayah dan lebih kepada kemalangan.


************

Sumber: Mymetro

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 01:55. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 01:55. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter