Headlines
Published On:Thursday 6 September 2012
Posted by admin

Abang bunuh adik kerana TV!


Ahmad menunjukkan lokasi kedua-dua anaknya bergelut sehingga menyebabkan si adik mati ditikam di Kampung Telaga Papan, Kemaman kelmarin. Gambar kecil Ruhil.


KUALA TERENGGANU – Perebutan siaran televisyen antara dua beradik di Kampung Telaga Papan, Kemaman malam kelmarin membawa padah apabila si adik ditikam mati oleh si abang.

Mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 8 malam itu ialah Abdul Hisham Ahmad, 23.

Sebelum tragedi itu, Hisham dan abangnya yang berusia 37 tahun itu dikatakan sudah berselisih faham kerana berebut sebuah motosikal.

Pergaduhan itu bertambah buruk apabila dua beradik itu kemudian berebut siaran televisyen. Ketika bergaduh kedua-dua beradik itu kemudian bergelut menyebabkan si abang didakwa mencapai satu objek tajam dan menikam bahagian badan mangsa.

Isteri mangsa, Ruhil Amani Shaharuddin, 17, berkata, abang iparnya itu memarahi suaminya yang ketika itu sedang menonton televisyen kerana televisyen tersebut dibeli oleh abang iparnya.

“Ketika itu saya baru selesai sembahyang Maghrib dan saya lihat suami dan abang ipar bergelut. Saya kemudian minta tolong bapa mertua meleraikan pergelutan tersebut,” cerita Ruhil ketika dihubungi.

Berikutan itu, Ruhil memberitahu, bapa mertuanya, Ahmad Din, 59, yang semasa kejadian berada kira-kira dua meter dari tempat kedua-dua beradik itu bergelut memarahi abang iparnya.


*************************

Sedih baca berita2 camni....pasal tv je sanggup berbunuh2..dan lebih tragis berlaku kematian...

Al fatihah untuk mangsa.






========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 04:23. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 04:23. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter