Headlines
Published On:Saturday 8 September 2012
Posted by admin

Aaron Aziz Jadi Penyampai Radio Di ERA FM?


Jika benar pasti ramai peminat tegar Aaron Aziz akan menjerit kesukaan!

Hari -hari bertemankan radio semata2 nak dengar suara artis pooojaan ramai ni...of cozlah terutamanya wanita...

Persoalannya, boleh ke Aaron Aziz jadi D.J ??

Menurut sumber ,





KUALA LUMPUR, 7 SEPT 2012: Sebelum menyambut Aidilfitri, pelakon kacak, Aaron Aziz disahkan bakal bergelar penyanyi apabila figura ini telah melakukan kolaborasi secara berduet dengan kumpulan Sleeq menerusi sebuah lagu berjudul Salam Semua.

Terbaru, Aaron Aiz dilaporkan bakal mengembangkan lagi bakat seninya dengan menjadi penyampai radio Era FM. Berita gembira ini telah disahkan sendiri oleh pengurus saluran Era FM, Nazri Noran, pagi tadi.

"Mulai Jumaat depan iaitu 14 September 2012, Aaron bakal mengendalikan segmen Doktor Cinta ditemani seorang lagi penyampai radio iaitu Shac. Segmen selama dua jam ini akan disiarkan bermula jam 9 malam hingga 11 malam.

"Menerusi segmen ini, Aaron akan menjawab panggilan daripada peminat yang menghadapi masalah serius dalam bercinta. Segmen ini juga menggantikan segmen Dr Love," katanya kepada murai.com.my.

Dalam pada itu, Nazri turut berkongsi perancangan Era FM pada masa akan datang. Berikut adalah program yang bakal dianjurkan Era FM tidak lama lagi.

1. Melancarkan lagu tema Era Piala Malaysia yang menggandingkan Zahid, Carleed Kaza dan Altimet.

2. Menganjurkan festival besar-besaran pada penutup Piala Malaysia 2012.

3. Menjadi radio rasmi untuk Anugerah Blockbuster

4. Mewujudkan semula Anugerah Era hasil kerjasama dengan Astro

5. Sesi jelajah bersama Warner Music

6. Radio rasmi konsert JLO

7. Radio rasmi Konsert Noah.


*****************

Oh, jadi Doktor love rupanya....

Takut2 pendengar bukan nak kongsi masalah, tapi nak luahkan dah jatuh cinta dengan doktor love...

ehehehe..

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 07:43. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 07:43. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter