Headlines
Published On:Thursday 23 August 2012
Posted by admin

NORISH KARMAN AKUI LAHIRKAN ANAK BARU-BARU NI!






Kalau selama ini dia membisu seribu bahasa, namun dramatis popular, Norish Karman akhirnya membuka mulut memberitahu bahwa bayi yang selama ini menjadi tanda tanya ramai sejak tersebarnya beberapa keping gambar di internet, adalah anaknya.

Berkata kepada akhbar Utusan Malaysia semalam, Norish Karman meminta semua pihak supaya tidak mempersoal status Haq Lutfie Alexander dalam hidup beliau.

“Awalnya saya runsing, bagaimana hendak saya memberitahu tentang kelahiran Haq kepada peminat & media, tetapi selepas tersebar di’internet, saya lega,” ujar Norish Karman.

Haq yang di’katakan adalah Haq Lutfie Alexander yang lahir pada 24 September 2011 di sebuah hospital swasta di Subang Jaya & memang anak kandungnya.

“Ini anak saya, hidup mati saya. Bagaimana ia hadir itu adalah urusan antara saya, keluarga dan Allah kerana saya tidak mahu mengenang lagi perkara yang lepas”, katanya.

Menjawab fitnah yang berlegar di’sekitar kelahiran anak bongsu beliau ini, Norish Karman berkata “Saya seorang anak, wanita & ibu, saya tidak akan membuat perkara tidak elok”

Norish turut mengakui dari awal usia kandungan beliau sehingga tujuh bulan, ada pihak yang memaksa dirinya untuk gugurkan kandungan yang ada.

“Saya seorang ibu, naluri keibuan saya sangat kuat. Saya berani pertahankan kandungan ini meskipun saya tahu hidup saya akan susah kerana akan menjaganya seorang diri,” ujarnya lagi.



p/s; Bagi admin ini tindakan berani dan terpuji...baby tu x salah...sikap Norish lebih mulia dari mereka2 yang buang bayi...gugurkan kandungan....
Cuma harapannya semoga Norish bertaubat...
Yang lain2  tu antara dia dan Tuhan....


========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 01:01. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 01:01. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter