Headlines
Published On:Wednesday, 13 April 2011
Posted by admin

BILA USOP WILCHA NAIK ANGIN!!


Shy8 atau Syed Mohamad Asri menengur individu yang dikatakan mengambil kesempatan terhadapnya menggunakan.

Selembut-lembut lemah gemalai tangan usop wilcha pun...dia ada jugak hati dan perasaan...di sebalik fenomena usop wicha yang melanda Malaysia dan filem hantu kak limah tu sendiri... ada pulak pihak yang xde kerja dok ambil kesempatan ke atas populariti usop tu...ermmm...kalau setakat menyamar  x heran lagi..ni sampai melibatkan jual beli barangan..x pasal usop aka shy8 jadi mangsa....sabarlah abang shy8...bila dah popular cam gini lah gayanya......baca ni....

"mintak-mintak sapa-sapa yang amik kesempatan kat sya,kena kokak dek hantu kak limah...baru padan muka..mmmm"




PETALING JAYA: Pelakon Syed Mohamad Asri yang terkenal sebagai Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) kesal dengan perbuatan individu yang menubuhkan kelab peminat melalui Facebook menggunakan nama wataknya untuk memperdayakan orang ramai.

Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 berkata, dia terkejut apabila tiba-tiba ada pihak menghubunginya bertanyakan mengenai pakaian yang dibeli melalui pengendali laman sosial itu sedangkan dia tidak tahu menahu apa-apa.

“Saya menerima kiriman e-mel dan panggilan telefon daripada peminat yang merungut tentang pakaian yang mereka beli kerana mereka sangkakan urus niaga itu dikendalikan oleh saya.

“Sedangkan saya tidak menubuhkan apa-apa kelab peminat apatah lagi mahu menghasilkan cenderamata menggunakan populariti saya dalam filem tersebut,” katanya kepada mStar Online, Selasa.

Dia diminta mengulas tentang perang mulut yang berlaku antara dia dengan seorang lelaki yang mengendalikan Kelab Peminat Facebook Usop Wilcha berikutan insiden berkenaan.


Pelakon yang popular dengan karakternya berkerusi roda dalam filem tersebut kesal dengan individu tersebut kerana mengambil kesempatan.

“Saya bukan marah mereka yang menumpang populariti Usop Wilcha untuk mencari rezeki itu kerana bagi saya ia bukan rezeki saya seorang.

“Tapi apa yang dikesalkan mereka membabitkan saya dalam urusan jual beli sehingga ada mesej saya terima tentang perkara-perkara yang saya sendiri tidak tahu.

Katanya, dia memberi kebenaran kepada individu tersebut untuk mengendalikan kelab peminat berkenaan tetapi tidak menyangka pula ia dijadikan batu loncatan untuk mengambil kesempatan.

Lebih menyakitkan hati katanya, individu tersebut turut menulis status yang bukan-bukan di dalam Facebook tersebut termasuklah menghinanya dengan perkataan yang kurang sopan.

“Saya suruh dia berhenti menulis status yang bukan-bukan yang boleh menimbulkan perspektif buruk masyarakat kepada saya.

Jelas pelakon itu lagi dia tidak mahu peminat-peminat Usop Wilcha terpedaya dengan perbuatan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab seperti itu.

Ketika ditanya tentang tindakannya dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada individu berkenaan sekiranya masalah tersebut masih berlarutan.

“Kita tengok dahulu, jika dia semakin melampau saya akan ambil tindakan dan perkara ini telah dibincangkan dengan pihak-pihak tertentu,” katanya yang dalam perancangan membintangi filem Usop Wilcha arahan Mamat Khalid.


 
Free Image Hosting at www.ImageShack.us

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 12:08. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 12:08. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

2 comments for "BILA USOP WILCHA NAIK ANGIN!!"

  1. huahuahua.....macam2 laa ragam dunia artis nie..huhu

    kesian pulak kat pak usop nie..huhuhu

    kite bako je..!!

  2. tapi kalau diikutkan owner page tu x der hak untuk menjual baju dengan menggunakan trade mark usop wilcha. nak2 lg owner page tu kaitkan penjualan baju tu dengan usop wilcha. dah sah2 owner page tu yg salah. nampak sangat owner page tu x tau undang2. kalau nak buat baju dengan trade mark usop wilcha, kenalah minta izin..bincang dengan tuan punya trade mark tu. jgn main buat jer. inilah manusia zaman sekarang. suka sangat ambil kesempatan.

Leave a reply

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter